CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

SUKMA XIV KL: Joshua kuasai epee individu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
TIDAK ada tandingannya, Joshua Koh I-Jie dari Selangor meneruskan kecemerlangannya dengan menggondol emas acara epee individu lelaki buat kali keempat pada pertandingan lawan pedang  temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2011, semalam.\rBerlangsung di Gimnasium 3, Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), atlit kidal itu bertembung dengan seorang lagi atlit kebangsaan, Mohamad Roslan Mohamed (Terengganu) dalam perlawanan final yang berkesudahan 15-8.\r\n\n\n\n\r   “Saya gembira dengan kejayaan tadi kerana walaupun saya dan Roslan berlatih bersama-sama di bawah bimbingan jurulatih Uzbekistan, Oleg Tihomolov, kami sudah lama tidak beradu tenaga dalam pertandingan sebenar,” kata atlit 21 tahun itu mengenai penyertaan terakhirnya di SUKMA.\r\r\n\n\n\n\n   Joshua berkata, impiannya tercapai kerana sasarannya pada penyertaan terakhir kali ini adalah untuk menambah koleksi emas SUKMA 2006, 2008 dan 2010.\rSementara itu, atlit Johor, Natasha Ezzra Abu Bakar yang turun sebagai juara bertahan tidak menghadapi masalah menewaskan wakil Selangor, Nur Amalina Tukiman, 15-1 dalam acara final foil individu wanita.\r“Sebenarnya perlawanan tadi tidak mudah. Cuma saya mengambil kesempatan memungut mata awal sebanyak mungkin,” kata penuntut Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) yang berharap prestasi baik itu membantu memenuhi impiannya untuk mewakili negara ke Sukan SEA Indonesia, November depan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.390872 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list