CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

SUKMA XIV KL: Syafiqah terima kasih bantuan Nurul Ain

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi emas pertama temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2011 menerusi acara judo kata wanita berpasangan di Sports Arena, Kompleks Majlis Olimpik Malaysia (MSN), semalam.\rMembuka langkah kanan, gandingan Siti Nur Syafiqah Husin, 16, dan Nurul Ain Atiqah Rosli, 19, mengumpul 795 mata untuk mengatasi pasangan Selangor, Low Er Zhen-Low Er Yie yang dibezakan 11 mata.\r\n\n\n\n\r  Pingat gangsa dikongsi Terengganu menerusi Nor Safrina Rahman-Nor Hidayu Muliar (780 mata) dan Wilayah Persekutuan, Vicki Lai Tze Jane-Low Penny (729 mata).\r\r\n\n\n\n\n  “Kami tidak sangka menang emas kerana sasaran awal ialah sebarang warna pingat. Kami bersyukur dan gembira dapat membantu Johor memperoleh emas pertama,” kata Nurul Ain yang memenangi gangsa pada SUKMA 2010 di Melaka ketika bergandingan dengan Khairiah Malek.\rSiti Nur Syafiqah pula tidak percaya penyertaan julung kalinya di SUKMA memberikan emas dan berterima kasih kepada Nurul Ain yang banyak membantu dan memberi kata-kata semangat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.228671 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list