CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

150 pelarian Libya maut di luar pantai Tunisia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TUNIS: Mayat 150 pelarian Afrika yang lari daripada pergolakan di Libya ditemui di luar pantai Tunisia selepas kapal membawa mereka secara haram ke Eropah mengalami masalah hingga tenggelam, kata pegawai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam.\r“Sehingga kini 150 mayat pelarian ditemui di luar pantai Kerkenneh,” kata Carole Laleve, pegawai dengan Suruhanjaya Tinggi  PBB bagi Pelarian (UNHCR), merujuk kepada pulau Tunisia itu.\r\n\n\n\n\r   “Operasi diteruskan,” katanya lagi. Bot itu mengalami masalah Selasa lalu kira-kira 20 kilometer dari Kerkenneh ketika  menghala ke Itali, lapor agensi berita tempatan Tunisia, TAP. \r\r\n\n\n\n\n   Pengawal pantai Tunisia dan anggota tentera menyelamatkan 570 orang, namun ramai terjun ke dalam air apabila pelarian berebut-rebut untuk turun dari bot nelayan kecil yang dinaiki, ditambah dengan kesan ombak bergelora, menenggelamkan sebahagian kapal, kata pegawai Tunisa.\rSecara keseluruhan, kira-kira 250 orang dilaporkan hilang kelmarin dari kapal itu.\rDi GENEVA, jurucakap UNHCR Adrian Edwards berkata rakannya di Tunisia bercakap dengan sesetengah pelarian terselamat yang berkata bot mereka dikendali ‘seorang kru yang direkrut tiba-tiba dengan sedikit atau tanpa pengalaman mengemudi.’\rMaeve O’Donnell, penolong operasi Organisasi Penghijrahan Antarabangsa (IOM) di Tunisia berkata, seorang mangsa memberitahunya ‘menaiki bot itu adalah kesilapan terbesar dalam hidupnya.’\r\n\n\n\n\r“Mereka belayar selama tiga hingga empat hari apabila bot melanggar sesuatu. Mereka terkandas selama beberapa hari dan terpaksa minum air laut dan air dari enjin bot,” menurut laporan yang memetiknya sebagai berkata.\rElisabeth Byrs dari Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berkata kira-kira 15,964 pelarian tiba di Itali dan Malta sejak krisis Libya meletus. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.417804 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list