View: 122|Reply: 0
|
Juara 2008, 2010 tunjuk taring
[Copy link]
|
|
Tambah 11 pingat emas atasi Johor yang raih dua emas saja semalamJUARA keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 dan 2010, Terengganu mula menunjukkan taring apabila merampas kedudukan teratas senarai pungutan pingat keseluruhan pada hari keempat temasya SUKMA Kuala Lumpur 2011, semalam.\rTurun dengan sasaran 24 emas pada temasya edisi ke-14 ini, Terengganu menambah 11 emas dengan enam daripadanya diperoleh daripada persembahan cemerlang atlit judo kontinjen itu.\r\n\n\n\n\r Berada di kedudukan pertama dengan keseluruhan 20 emas, empat perak dan tujuh gangsa, Terengganu juga menambah lima koleksi emas daripada sukan kenu yang melabuhkan tirai di Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya. \r\r\n\n\n\n\n Johor yang sebelum ini menguasai pungutan pingat keseluruhan, kini di tangga kedua apabila sekadar menambah dua emas untuk menjadikan keseluruhan 11-10-4.\rKetua kontinjen Johor, Datuk Samsul Bari Jamali berkata, kontinjen negeri itu tidak meletakkan sebarang sasaran tetapi berhasrat menjadi pencabar terkuat dalam semua acara.\r“SUKMA kali ini memberi permulaan baik bagi kontinjen Johor tetapi kami tidak akan berputus asa dan tetap berusaha menambah pingat dan mengakhiri temasya ini dengan keputusan yang baik,” katanya.\rSelepas SUKMA XIV masuk hari keempat temasya itu masih dipalit kontroversi mutu pengadilan termasuk dalam acara silambam.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|