View: 131|Reply: 0
|
Keane kukuh kedudukan Ireland di puncak Kumpulan B
[Copy link]
|
|
SKOPJE: Robbie Keane menjaringkan gol antarabangsa ke-50 dan 51 untuk memberikan Ireland kemenangan 2-0 di Macedonia dalam kelayakan Euro 2012 kelmarin.\rKemenangan itu meletakkan Ireland di tangga teratas Kumpulan B dengan 13 mata daripada enam perlawanan, mengatasi Russia dan Slovakia menerusi perbezaan gol.\r\n\n\n\n\r Beraksi dalam perlawanan pertama di Stadium Filip Makedonski sejak gelanggang itu dibina semula dan kapasiti ditingkatkan kepada 36,000 awal tahun ini, Macedonia disuntik semangat penyokong fanatik sendiri.\r\r\n\n\n\n\n Namun Keane menutup penyokong tuan rumah pada minit kelapan apabila percubaannya dari jarak 25 meter terbias daripada Nikolce Noveski dan melepasi kepala penjaga gol Martin Bogatinov.\rPenjaga gol, Shay Given menyelamatkan pelawat lima minit selepas itu apabila menafikan cubaan Goran Pandev yang sepatutnya melakukan mampu melakukan penyudah lebih baik selepas gerakan cantik.\rPandev juga dinafikan penalti apabila John O’Shea menjatuhkannya sebelum Keane menggandakan pendahuluan Ireland dengan penyudahan mudah apabila menerkam hantaran ke belakang Boban Grncarov dan menolak ke sudut hujung gawang pada minit ke-37. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|