View: 162|Reply: 0
|
Fragmen: Pengiktirafan, penghargaan atau penghinaan?
[Copy link]
|
|
Fragmen: Pengiktirafan, penghargaan atau penghinaan?Oleh Zainuri Misfar2011/06/06\n\n\n\n\n\n\n\n“RTM ada banyak stesen radio selain dua saluran TV, tetapi merekalah pembayar royalti muzik paling sedikit.” Itulah luahan seorang pencipta dan penulis lagu yang sekarang sudah tidak lagi aktif menghasilkan lagu-lagu terbaru.\rNadanya kecewa bercampur dengan geram, marah dan kesal. Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membayar royalti RM1 juta setahun ke atas penyiaran lagu-lagu di semua stesen radio dan TV. Ia bayaran secara lump-sum atau pukal, bermakna berapa banyak pun radio dan TV di RTM menyiarkan lagu, bayaran royaltinya tetap tidak lebih daripada RM1 juta. \r\n\n\n\n\rKata pemuzik ini, bayaran RM1 juta bukan saja ke atas lagu-lagu yang disiarkan di radio dan TV di bawah RTM tetapi juga oleh kementerian lain. Maknanya, kalau Kementerian Pelancongan menggunakan apa saja muzik dan berapa kali mereka gunakan untuk sebarang acara, kementerian itu tidak perlu membayar royalti muzik kerana kononnya sudah termasuk dalam bayaran secara pukal RM1 juta oleh KPKK.\r\r\n\n\n\n\nKerajaan (menerusi Kementerian Penerangan) bersetuju membayar RM1 juta setahun kepada tiga badan itu bermula 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2009. Bagaimanapun, satu perbincangan semula akan diadakan bagi menetapkan kadar royalti yang baru mengikut kadar dan kesesuaian semasa.\rMemang setiap lagu atau muzik yang disiar serta dipersembahkan menerusi stesen radio dan TV tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987. Menerusi akta itu, semua stesen penyiaran, termasuk RTM tidak terkecuali membayar royalti atas setiap lagu yang telah disiarkan menerusi 32 stesen radio dan saluran TV RTM1 dan RTM2.\rBadan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Berhad (MACP), Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Malaysia Sdn. Bhd. (Prism) dan Badan Persembahan Awam Malaysia Sdn. Bhd. (PPM) pula adalah tiga badan yang dipertanggungjawabkan bagi mengutip hasil royalti. \rPada tahun 2009, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf berkata, mulai tahun itu kerajaan memperuntukkan RM1 juta setahun sebagai bayaran royalti untuk diagih-agihkan kepada tiga badan itu.\r\n\n\n\n\rKatanya, kadar bayaran itu adalah 0.6 peratus yang diperolehi daripada pendapatan purata iklan RTM. Jumlah RM1 juta itu turut meliputi bayaran royalti penyiaran dan persembahan lagu di 25 kementerian yang lain. Dalam hal ini, kerajaan telah melantik Kementerian Penerangan sebagai perantara di kalangan kementerian lain dalam soal pembayaran royalti kepada MACP, Prism dan PPM.\r“Ini kerana, RTM adalah pengguna terbanyak di kalangan kementerian lain dalam menyiarkan lagu-lagu ahli-ahli tiga badan itu,” katanya kepada media Majlis Penyerahan Cek Bayaran Royalti Hak cipta Karya Muzik Malaysia di Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur. \rHakikatnya RM1 juta bukanlah angka besar. Ia mungkin besar daripada sebutannya. Sejumlah RM1 juta itu pula diagihkan kepada tiga badan pengutip royalti. \rMACP adalah badan yang diberi amanah oleh pemuzik dan penulis lirik untuk menguruskan kutipan royalti bagi pihak mereka. Jumlah yang diperolehi oleh MACP itu, kena dibahagikan pula dengan pemuzik dan penulis lirik luar negara kerana stesen radio dan TV kita turut menyiarkan atau menggunakan lagu-lagu daripada luar. \rHak Cipta muzik ini perlulah dianggap sebagai karya intelek atau harta intelek yang diiktiraf oleh di seluruh dunia. Kesedaran untuk menghormati harta intelek seperti karya muzik dan lagu oleh masyarakat kita sebenarnya masih rendah, masih dalam kelas dunia ketiga. Sebab itu, setiap orang tidak ada perasaan bersalah untuk mencuri masuk (download) sesebuah lagu dari komputer dan internet atau membeli CD cetak rompak. \rApa yang difikirkan oleh masyarakat kita ialah kerana ia boleh didapati dengan harga murah dan tidak pernah terfikir betapa susahnya si pengkarya seperti pencipta lagu, pemuzik, penulis lirik dan penyanyi memerah idea untuk menghasilkan karya bermutu, sedap didengar dan boleh menghiburkan jiwa. \rOleh itu, walaupun kerajaan melantik Kementerian Penerangan (sekarang termasuk Komunikasi dan Kebudayaan) sebagai pembayar royalti kepada 25 kementerian lain, seharusnya ia tetap dibayar secara individu, bukan secara lump-sum sahaja. KPKK hanya bertindak sebagai penyelaras tetapi bukan sebagai pembayar royalti bagi pihak kementerian lain yang menggunakan lagu dan muzik. \rDalam erti kata lain, kementerian lain selain KPKK juga seharusnya ada perasaan bertanggungjawab dan paling penting menghormati serta mengiktiraf harta intelek atau hak pemuzik dengan membayar sejumlah royalti berdasarkan lagu dan muzik yang digunakan. Bukannya ‘makan ramai-ramai, yang bayar seorang saja’.\rKita percaya isu ini boleh diatasi antara MACP dan dua badan pengutip royalti lain iaitu PRISM dan PPM dengan KPKK untuk membincangkan lebih lanjut mengenai bayaran royalti harta intelek ini. Malahan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga boleh diajak berunding kerana soal royalti harta intelek dan hak cipta lagu berada dalam bidang kuasa kementerian ini. \rSudah tentu kementerian berkaitan lebih arif mengapa bayaran royalti muzik ini tidak boleh dibuat secara lump-sum. Ini bukanlah soal menjimatkan peruntukan tetapi sebagai menghormati dan pengiktirafan di atas sumbangan pemuzik kita. \rPembayaran secara lump-sum sebanyak RM1 juta kepada pemuzik boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada pemuzik. Apakah benar setiap kementerian memang tidak mampu langsung untuk membayar royalti muzik di atas penggunaan sebarang muzik di premis atau sebarang acara anjuran mereka? - [email protected]\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|