CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

3 atlit jalani ujian di Bulgaria: Shahidan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) menegaskan tiga atlit - Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir dan Noor Imran Hadi - yang belum ‘menyerah diri’ selepas ‘melarikan diri’ daripada ujian anti doping, 24 Mei lalu tidak akan dipanggil pulang dari Bulgaria.\rPresiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata hasil perbincangan dengan Institut Sukan Negara (ISN), kedua-dua pihak setuju ketiga-tiga atlit terbabit dibenarkan menjalani ujian anti doping di negara berkenaan.\r\n\n\n\n\r  “Jadi, mereka tidak akan dipanggil pulang semata-mata untuk menjalani ujian itu. Jika mereka dipanggil pulang, siapa yang mahu menanggung kos tiket penerbangan pulang dan pergi semula ke Bulgaria, melainkan ada pihak, termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) sanggup berbuat demikian.\r\r\n\n\n\n\n  “Lagipun, kami sudah mengatur jadual latihan dan pertandingan untuk atlit sertai. Jangan susahkan perkara yang mudah. Sehubungan itu, ISN akan menguruskan ujian itu dengan minta bantuan pihak berkuasa di negara itu,” katanya semalam.  \rShahidan berkata, pihaknya juga mendesak MSN supaya ‘melepaskan’ tiga atlit - P Yuvaraj, Mohd Jironi Ridzuan dan K Ganthimanthi - yang ‘ditahan’ walaupun sudah lulus ujian anti doping supaya serta merta dihantar ke Bulgaria untuk berlatih dan menyertai pertandingan. \r“Kami tidak tahu apa motif sebenar MSN menahan ketiga-tiga atlit itu sedangkan mereka sudah lulus ujian dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Jadi, kami minta MSN ‘melepaskan’ mereka serta merta ke Bulgaria seperti dipersetujui sebelum ini.\r“Kami juga mahu bertanya MSN mengenai latihan dan pertandingan luar negara untuk atlit pelapis sedangkan sebelum ini badan induk itu mengakui mereka harus diberi ruang dan peluang menimba pengalaman dalam usaha membentuk mereka menjadi atlit yang berpotensi tinggi,” katanya.\r\n\n\n\n\rDitanya mengenai tindakan MSN membatalkan pemergian tiga atlit - Siti Zubaidah Abadi, Siti Fatimah Mohamad dan Yee Yi Ling - ke Bulgaria, Shahidan berkata ketiga-tiga atlit itu seperti sudah patah semangat dengan kekecohan yang berlaku.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.060347 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list