|
SKUAD polo air wanita Melaka menepati ramalan merangkul emas apabila mencatat rekod bersih memenangi setiap perlawanan yang berakhir di Pusat Akuatik, Bukit Jalil, semalam.\rDalam saingan secara pusingan \'round robin\' itu, Melaka memenangi kesemua empat perlawanan untuk mengumpul mata penuh lapan, mengatasi Selangor yang memenangi perak manakala Wilayah Persekutuan memenangi gangsa.\r\n\n\n\n\r Skuad bimbingan ketua jurulatih, Ir Fan Kow Jan memukau penonton dengan aksi tangkas membenam lawan terakhir Pulau Pinang, semalam, dan menang dengan jurang besar 43-3.\r\r\n\n\n\n\n “Melaka bermain mengikut sistem di mana setiap pemain tahu tugas di posisi masing-masing berbanding lawan yang teragak-agak untuk menyerang.\r“Perak dan Pulau Pinang dibarisi pemain muda yang baru berjinak-jinak dalam sukan ini. Jika diberi masa dan latihan berterusan, prestasi mereka pasti lebih baik dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi,” katanya yang juga ketua jurulatih skuad polo air kebangsaan.\rKow Jan berkata, selepas temasya SUKMA ini, fokus utamanya ialah membimbing skuad negara ke Sukan SEA Indonesia, November depan, dengan memilih pemain yang dilihatnya berpotensi pada temasya ini.\rDalam satu lagi perlawanan, Selangor yang juga pencabar utama Melaka mengesahkan pingat perak selepas menewaskan Perak 20-3.\r\n\n\n\n\rHari ini, enam pasukan polo air lelaki - Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan - berentap dalam perlawanan terakhir untuk mengesahkan warna pingat.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|