|
TERENGGANU dan Kelantan unggul dalam saingan peringkat kumpulan acara ragbi SUKMA XIV di padang Universiti Malaya, Lembah Pantai semalam.\rTerengganu yang mengejar kejuaraan hatrik menjuarai Kumpulan A dengan mengetepikan cabaran Negeri Sembilan, 10-7 dan Pulau Pinang, 12-0 sementara Kelantan, juara 2004 menjuarai Kumpulan D selepas membelasah Melaka, 21-0, Sabah, 26-5 dan Pahang, 19-0.\r\n\n\n\n\rDengan keputusan itu, kedua-dua pasukan mengetuai cabaran lapan pasukan ke suku akhir bersama juara 1992 Sarawak, juara 1996, 1998 dan 2006 Selangor, Kedah, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Negeri Sembilan.\r\r\n\n\n\n\nDi suku akhir, Terengganu berdepan Sabah, Kedah menentang Sarawak, Selangor melayani Wilayah Persekutuan manakala Kelantan bertemu Negeri Sembilan.\rSementara itu Johor, naib juara SUKMA Melaka 2010, tersingkir ke perlawanan merebut bowl bersama-sama Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Perak dan Melaka.\rSelangor yang ketandusan kejuaraan sejak dua temasya lalu berharap dapat mengekalkan prestasi apabila menentang Wilayah Persekutuan di suku akhir hari ini. \r“Tugas ini cukup berat dan mencabar tetapi pemain mahu membuktikan pasukan bukan sebarangan dan mahu merampas emas dalam temasya kali ini,” kata pengurus Suhaimi Zainuddin
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|