View: 79|Reply: 0
|
Bola jaring ulangi final tahun lalu
[Copy link]
|
|
MENGULANG babak final pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Melaka 2010, Wilayah Persekutuan yang turun sebagai juara bertahan akan berentap sekali lagi dengan Terengganu pada perlawanan akhir hari ini.\rDengan bantuan empat pemain skuad kebangsaan, Wilayah Persekutuan yang juga juara Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Mac lalu, mudah menempah tempat ke final selepas menundukkan Kedah 61-37 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.\r\n\n\n\n\r Jurulatih Wilayah Persekutuan, Norizan Rajab berkata, kejayaan ke final itu adalah hasil latihan pusat sebulan setengah dan berpuas hati dengan keserasian pemain baru dan berpengalaman yang dibimbingnya.\r\r\n\n\n\n\n “Empat pemain kebangsaan - Nursyafazliyana Mohd Ali, Noramirah Dayana Noor Azhar, Nurul Shaffa Mustafa dan Nurul Adha Abu Bakar - baru menyertai pemain lain semalam (Selasa) kerana kembali dari New Zealand bersama-sama skuad kebangsaan.\r“Saya harap gabungan pemain senior dan remaja ini dapat mengekalkan rentak permainan ketika bertemu Terengganu dan memenangi emas kelima Wilayah Persekutuan pada temasya ini,” katanya.\rDalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Terengganu bersaing sengit untuk menyekat Johor sebelum menang 47-42.\rJurulatih Terengganu, Misrah Hamisah Mohamed yang baru saja membimbing skuad itu kira-kira setahun lalu, berbangga dengan pemain yang beraksi baik ketika menentang Johor.\r\n\n\n\n\r“Wilayah Persekutuan bukan calang-calang pasukan tetapi dalam setiap perlawanan, peluang untuk menang tetap ada. Ini bukan misi balas dendam (kekalahan SUKMA di Melaka), tetapi pemain sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal bagi final kali ini,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|