CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 2

Modread semakin bebas

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Teruja lagu Sinar Perangga mendapat tempat di stesen radioSELALUNYA, peminat mendengar cerita bagaimana sebuah kumpulan muzik bebas atau indie memasuki dunia muzik arus perdana selepas mencipta nama. Namun berbeza dengan Modread apabila mereka kini mengorak langkah sendiri selepas menamatkan kontrak bersama syarikat rakaman, Monkey Bone, sekitar Februari lalu.\rBernaung di bawah label MFI Portfolio, Modread yang dianggotai lima pemuzik itu bagaimanapun tidak menjadikan status ‘bebas’ yang sebagai alasan mengendurkan usaha memperkenalkan nama mereka. Malah, berbekal pengalaman ketika bernaung di bawah syarikat terdahulu, mereka bekerja keras untuk membina tapak lebih kukuh dalam dunia muzik.\r\n\n\n\n\rBahkan, Modread, yang memenangi pertandingan Hot FM Bingit musim pertama, tiga tahun lalu ini, sudah menghasilkan album kedua yang dijangkakan memasuki pasaran pada Julai atau Ogos ini. \r\r\n\n\n\n\nMemuatkan sembilan lagu yang kesemuanya dicipta vokalisnya, Fami Ikhwan, yang juga pemain gitar dan ketua kumpulan, single pertama berjudul Sinar Perangga mula disiarkan di radio. Lagu itu dihasilkan sebagai tema untuk projek filem sekumpulan pelajar kolej. \r“Malah, lebih menggembirakan, lagu daripada album pertama banyak dimainkan di Hot FM, kini radio lain pun sudah mula memutarkan lagu kami,\" kata Fami ketika dihubungi baru-baru ini.\rSelain dirinya, kumpulan yang mempertaruhkan genre muzik rock itu turut diperkuatkan Johan yang juga pemain keyboard, Shafiq (gitar), Ainol (dram) dan Kirk (bes).\r\"Jika dulu kami berempat, namun sejak anggota asal, Suki (bes) dan Jenk (dram) mengundurkan diri, kami ganti dengan tiga anggota baru. Walaupun tidak bersama Modread, mereka masih sahabat kami yang banyak membantu. \r\n\n\n\n\r\"Jenk antara pemain dram hebat di negara ini. Apabila dia mendapat tawaran lebih baik, kami memang menggalakkannya untuk mengambil peluang itu. Kini dia banyak bermain untuk Faizal Tahir,” ujar Fami.\rBercerita mengenai album baru, pemuda itu memberitahu, berbeza dengan album pertama, Neeruza, penghasilan kedua lebih berat bunyinya walaupun masih mengekalkan genre sama. \rDitanya mengenai penghasilan lagu, Fami menjelaskan, memang dia yang banyak menghasilkan muzik untuk semua lagu dalam album.\r\"Bagaimanapun apabila tiba ke bahagian susunan lagu, saya tetap memerlukan idea daripada anggota lain,” katanya yang turut menerbitkan album itu bersama anggota Modread yang lain.\rMenyifatkan lagu dimuatkan dalam album terbaru sebagai gambaran perjalanan kumpulan itu, sejak memenangi pertandingan berkenaan sehinggalah bergerak sendiri, dia mendedahkan, Modread sebetulnya ingin kembali memeriahkan industri muzik tanah air selepas berasakan nama mereka agak merudum selepas kemunculan album sulung dulu.\r\"Selain mengadakan persembahan promosi, kami juga akan memasarkan album secara atas talian, di mana peminat boleh mendapatkannya menerusi laman Facebook dan Twitter,\" katanya yang turut menjual beberapa barangan cenderahati jenama kumpulan itu untuk peminat.\rBersatu jayakan konsert bantu mangsa tsunami\rMODREAD akan terbabit dalam konsert Cornetto Wall’s di AEON Jusco Setiawangsa pada 11 Jun, dari jam 3 petang. Pada konsert itu Modread bergandingan bersama Black. \rPenyanyi lain yang turut terbabit ialah Stacy, Akim, Shahir, Tomok, Black, Awi Rafael, Tilu, dan Sofaz.\rPada 12 Jun pula, Modread akan menjayakan konsert mini I’m Singles untuk membantu mangsa tsunami di Jepun di Laman Budaya Persiaran Tasik, Shah Alam.\rKonsert berkenaan diadakan hasil kerjasama Yayasan Salam Malaysia, Space Tourism Society - Malaysia Chapter, Majlis Bandaraya Shah Alam, Demoplanet TV, Pentas Aksi dan Kumpulan NSTP.\rIa bakal dijayakan hampir 30 kumpulan indie, bermula seawal jam 10 pagi hingga 6 petang. Selain persembahan muzik, acara berkenaan turut dimeriahkan dengan aktiviti jualan amal, busking, senamrobik dan cabutan bertuah.\rAntara kumpulan lain yang bakal menghiburkan peminat ialah Bowlfish, The Nationhead, The Marjans, Amali, Pluto Freedom, The Rodeo, Mediomad dan Broken Back Memo.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 05:09 PM | Show all posts
I am very enjoyed this blog. It's an informative topic. It helps me very much to solve some problems.  gorilla tag
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 03:46 PM | Show all posts
Teruja dengan perkembangan Modread yang mengambil langkah berani dengan keluar dari kontrak lama dan menghasilkan album kedua. Mereka menunjukkan semangat dan komitmen untuk terus berjaya dalam dunia muzik, serta membuktikan bahawa kemandirian adalah kunci untuk membangunkan nama mereka. . . .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.290377 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list