View: 92|Reply: 0
|
Hamilton harap tuah Montreal berulang
[Copy link]
|
|
LONDON: Pemandu McLaren, Lewis Hamilton harus boleh melupakan masalah disiplin dicetuskan di Monaco andai memenangi perlumbaan di Grand Prix Kanada di Montreal hujung minggu ini, walaupun pemandu Red Bull Sebastian Vettel adalah pelumba yang konsisten.\rJuara dunia Formula Satu (F1),Vettel memiliki peluang terbaik untuk menjulang kejuaraan kedua berturut-turut selepas memenangi lima daripada enam perlumbaan musim ini dan kelapan daripada 10 terakhir dengan Red Bull berada di petak depan dalam setiap perlumbaan.\r\n\n\n\n\r“Montreal adalah istimewa buat saya. Ia adalah litar pertama saya menduduki petak pertama dan memenangi kejuaraan,” kata Hamilton yang berharap dapat mencatat keputusan lebih baik berbanding yang dicatatkan di Monaco.\r\r\n\n\n\n\nHamilton, juara 2008, menjadi satu-satunya pelumba yang menewaskan pemandu Jerman tahun ini dan GP Kanada menawarkan pemandu berusia 26 tahun Britain itu yang menduduki tempat kedua dalam kejuaraan dan 58 mata di belakang Vettel peluang terbaik melakukannya sekali lagi.\rDalam tiga penampilannya di litar Gilles Villeneuve, Hamilton berada di petak depan setiap kali perlumbaan dan memenanginya sebanyak dua kali. Dia melakukan strategi tayar yang bijak tahun lalu dan ia akan menjadi kunci sekali lagi kali ini. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|