|
SELEPAS keluar daripada stesen radio XFM, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, khabarnya bakal memulakan kerja sebagai penyampai di tempat baru, hujung minggu ini. Itulah cerita yang Cik Normah dengar sejak beberapa hari lalu. \rKhabarnya, wanita berusia 28 tahun itu akan bertugas di konti radio Hot FM, nun di Sri Pentas, Bandar Utama. Dia juga dikatakan hanya akan bertugas pada hujung minggu saja kerana waktu kerjanya lebih fleksibel.\r\n\n\n\n\rMaklumlah, Nana kini sudah bergelar ibu kepada seorang bayi comel diberi nama Althea Raqeem Brian. Anak pertamanya itu dilahirkan Oktober tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\nCik Normah dengar lagi, Nana memilih untuk bekerja pada hujung minggu kerana dia mahu membesarkan sendiri anaknya, hasil perkongsian hidup bersama Mohamed Raqeem Brian. Mereka berkenalan ketika kedua-duanya bertugas di Astro dan berkahwin pada Jun 2009.\rJadi, peminat Nana tidak perlulah bersedih apabila meninggalkan XFM baru-baru ini kerana suaranya akan dapat didengar pula di Hot FM. \rWah! makin meriahlah konti radio milik Media Prima itu dengan barisan selebriti yang menghiasi siarannya. Selain Nana, nama yang sudah pun cukup popular di stesen itu termasuk Fara Fauzana, Faizal Ismail, Kieran, AG, Tini, Ikhwan, Leya, Suraya, Chad dan Deen.\rSuasana juga pastinya bertambah ‘gempak’ apabila seorang lagi selebriti dikhabarkan bakal menyertai famili Hot FM tidak lama lagi... Hangat, hangat....
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|