CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Kecewa ahli persoalkan kepimpinan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Harun tetap pertahankan kedudukannya sebagai Presiden SENIMAN sehingga akhir penggalSATU persatu persatuan hiburan bergolak, seolah-olah menunjukkan orang seni suka bertelagah. Baru-baru ini Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bergolak apabila Presidennya, Mat London atau Ahmad Ibrahim menarik diri daripada persatuan itu.\rKetika sedang kecoh perihal Mat London, tersebar desas desus mengenai Presiden Persatuan Seniman Malaysia atau SENIMAN, Harun Salim Bachik yang juga mahu melepaskan jawatan baru dipegang memasuki tahun kedua.\r\n\n\n\n \rApabila khabar angin itu bertiup, usaha menjejaki Harun giat dijalankan. Bagaimanapun dia gagal dikesan kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.\r \r\n\n\n\n\nKemunculan Harun di majlis sidang media mengenai penganjuran Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu P Ramlee baru-baru ini memberi peluang untuk bertanya lanjut mengenai kesahihan cerita itu.\rHarun pada mulanya keberatan untuk mendedahkan pergolakan yang berlaku di dalam persatuan itu termasuk ura-ura mengenai perletakkan jawatan sebagai Presiden SENIMAN. \r“Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan ahli persatuan. Cuma baru-baru ini ketika Mesyuarat Agung Tahunan SENIMAN, ada sedikit isu yang dibangkitkan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan corak pimpinan saya.\r“Tiada sebarang kekecohan pun yang berlaku tetapi memang ada pihak meminta saya meletakkan jawatan. Mereka mempersoalkan mengenai rekod kewangan syarikat, seolah-olah saya menyalah gunakan wang persatuan. Sedangkan selama menganjurkan pelbagai program sejak saya mengambil alih tampuk pimpinan SENIMAN saya tidak pernah menyentuh wang pokok yang disimpan di Amanah Raya.\r\n\n\n\n\r“Kebanyakan wang yang digunakan untuk menganjurkan sebarang majlis adalah hasil wang tajaan. Contohnya, Malam Lagenda Datuk Jamil Sulong, wang itu kita cari sendiri dengan cara menjual meja. \r“Memang tidak nafikan ada ambil wang dari Amanah Raya tetapi itu pun wang dividen bukannya wang pokok,” jelasnya. \rHarun menegaskan dia tidak gentar kerana segala dokumentasi dan rekod sepanjang memimpin persatuan itu dibuat dengan betul. Malah dia turut mendapatkan nasihat daripada Pejabat Pendaftar untuk mendapatkan pengesahan mengenai laporan kewangan persatuan dan ternyata keputusan menunjukkan dia mengendalikan wang persatuan dengan betul.\r“Pada mesyuarat agung tempoh hari, saya melampirkan rekod kewangan untuk rujukan semua ahli. Apabila melihat rekod kewangan tahunan mencecah RM100,000, menyangka saya membazir wang persatuan. Sedangkan seperti saya katakan, semua wang itu datangnya daripada penaja. Saya tidak ambil satu sen pun wang pokok yang disimpan.\r“Tak nafikan apabila ada ahli mempertikaikan kepimpinan saya, sedikit sebanyak timbul juga perasaan kecewa. Saya buat kerja ini secara ikhlas, bukannya dibayar gaji empat lima ribu sebulan,” katanya. \rTegas Harun, dia akan cuba mempertahankan jawatan ini selama mana yang mampu, dan akur kalau pada mesyuarat agung tahun depan ada ahli berhasrat untuk menyingkirkannya.\rBagaimanapun, dia mengesahkan Timbalan Presiden SENIMAN, Shahriza Mahmud meletakkan jawatan atas alasan mahu memberi tumpuan kepada rumah tangganya. Seorang lagi ialah AJK SENIMAN, Wazata Zain yang terpaksa menarik diri kerana baru dipilih Timbalan Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM).\rAnjur pertandingan nyanyi lagu P Ramlee\rSEMPENA dengan sambutan Hari Seniman yang dirasmikan pada 29 Mei lalu, SENIMAN menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu P Ramlee sebagai mengisi kalendar sambutan hari berkenaan.\rSaringan pertama diadakan hari ini bertempat di Auditorium Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari jam 9 pagi hingga 9 malam. Saringan peringkat kedua pula pada Sabtu (esok) di tempat dan waktu yang sama, manakala peringkat Separuh Akhir pula berlangsung pada 12 Jun (Ahad), jam 8 malam.\rPertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat generasi baru berusia dari 18 hingga 35 tahun dalam menghayati lagu P Ramlee. Sepuluh peserta terbaik akan dipilih ke pertandingan akhir yang berlangsung pada 1 Julai.\rWang tunai sebanyak RM1,000 menanti juara, tempat kedua RM700 dan RM500 buat pemenang tempat ketiga.\rPeserta dikehendaki membawa minus one mereka sendiri.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054957 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list