View: 95|Reply: 0
|
Jawariah idam ranking Jelajah WTA dunia
[Copy link]
|
|
KETANGKASAN dan kehebatan ketika berdepan seterunya memang sudah terbukti dalam penampilan terakhir Jawariah Nordin pada SUKMA 2011 apabila merangkul tiga pingat emas acara tenis buat Negeri Sembilan.\rTurun ke gelanggang tanpa tekanan dan persiapan rapi yang diberikan jurulatih yang juga bapanya, Nordin Omar, menjadi ramuan utama buat gadis 21 tahun itu ketika beraksi cemerlang dan mengungguli pelbagai kejohanan. \r\n\n\n\n\r “Pemain tenis kini semakin diberi perhatian. Berbanding di awal pembabitan saya dulu, memang sukar untuk menempatkan diri di kalangan pemain tenis ketika itu dan saya yakin dengan pendedahan diberikan Majlis Sukan Negeri (Negeri Sembilan), saya mampu pergi lebih jauh,” katanya yang berhasrat untuk tersenarai dalam kedudukan ranking pemain tenis wanita Jelajah WTA dunia.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun gadis hitam manis ini dilahirkan di Pulau Mutiara, minat terhadap tenis membuatkan dia berhijrah ke Negeri Sembilan dan kini mengikat kontrak lima tahun sejak Februari lalu bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membolehkan gadis ini mewakili mana-mana negeri dalam temasya itu. \rAnak bongsu daripada empat adik beradik itu menyinar dalam setiap SUKMA apabila mengutip empat pingat emas sepanjang empat kali penyertaannya dan bakal mewakili negara ke Sukan SEA Indonesia, November depan.\r“Bagi saya, pada usia awal 20-an, masih belum terlambat untuk menyinar di pentas antarabangsa. Selagi terdaya, saya akan terus bermain tenis sehingga ke tahap tertinggi,” katanya yang sudah dilatih untuk menjadi pemain profesional oleh bapanya sejak berusia tujuh tahun.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|