|
PADA saat dia berusaha keras menata semula kehidupan selepas berdepan detik hitam yang memalukan, artis kontroversi Indonesia, Cut Tari, 34, sekali lagi diduga. Lautan hatinya yang damai selepas diuji gelora ganas, kembali bergolak dengan berita yang pantas bertebaran dalam industri hiburan Indonesia.Tanpa disokong fakta kukuh, artis jelita berdarah Aceh itu kembali diheret untuk bertarung dan meraih semula kedamaian yang perlahan-lahan cuba dihalangi. Remuk hatinya apabila mahligai cinta yang didirikan bersama suami, Muhammad Yusuf Subarata sejak tujuh tahun lalu dilaporkan berantakan. Yusuf dilaporkan memohon cerai tatkala pengacara itu masih bergelut mencari semula keyakinan diri yang pernah hilang, sedikit masa lalu gara-gara skandal seks dengan Ariel Peterpan.\n\n\n\n “Selepas membacanya dalam satu media talian, saya jadi kaget separuh mati dan cuma mampu bertanya kepada diri mengapa mesti ada berita seperti ini,” katanya seperti dilaporkan dalam temubual eksklusif bersama tabloid talian, KapanLagi.com.\n\n\n\n\n Hanya mereka sudah jarang dilihat bersama, pantas ada pihak membuat kesimpulan rumah tangga Tari dan Yusuf bergolak. Kelibat anak tunggalnya, Sidney Azkassyah, 4, yang tidak lagi dilihat bermain di laman kediaman mereka turut dijadikan alasan mengukuhkan lagi dakwaan itu.“Saya tidak tahu dari mana berita itu datang. Anak saya setiap hari bermain dengan teman-temannya di rumah. Lebih aneh apabila rumah saya selalu dikatakan tidak berpenghuni. Bukankah setiap hari keluar bekerja, pasti menggunakan kereta? Apakah hanya kerana kereta kami tidak kelihatan, terus ada membuat kesimpulan rumah kami kosong?,” jelas Tari kebingungan.Ternyata semua itu tidak mudah untuk ditangani Tari dan Yusuf. Sempat disapa dengan soalan mengenai suaminya yang didakwa membeli rumah baru di daerah Kemang, Tari berkata, mereka cuma mampu tertawa.“Amin! Kalau kami punya rumah di Kemang. Suami sempat bersenda, siapa yang membocorkan mengenai rumah di Kemang? Saya mahu membuat kejutan kepada kamu. Saya kasihankan suami yang terpaksa menelan semua itu. Malah ketika mahu memasuki rumah, sempat dia dihalang wartawan hanya untuk bertanya soalan itu,” katanya.Tari mencabar mereka yang mendambakan kepastian supaya mencari jawapannya di pengadilan. Katanya, mereka boleh memeriksa kesahihan permohonan cerai itu tanpa perlu mencari dia dan suaminya.“Bukankah semua tahu nama suami mahu pun nama lengkap saya? Mengapa tidak bertanya saja di sana? Pertanyaan mereka tidak sokong bukti kukuh untuk membolehkan saya dan suami menjelaskan perkara itu,” katanya sambil akui sedikit kecewa atas laporan tidak benar itu.“Sudahnya saya dan suami menerima semua itu sebagai satu gurauan kerana tidak tahu bagaimana mahu menanganinya. Siapa yang tidak bingung, perkara yang tiada diada-adakan? Saya kecewa dituduh cerai sedangkan saya dan suami tiada apa-apa masalah,” katanya.Persoalan mengenai perpisahan mereka kata Tari, sudah beberapa kali diajukan kepadanya namun sehingga ini dia dan suami masih utuh mempertahankan cinta mereka.Malah Tari turut berpegang kepada prinsip untuk tidak melayan apa saja khabar tidak berasas yang menjurus kepada menggugat kebahagiaan mereka.“Sia-sia jika saya terus memikirkan semua itu. Sekali pun mahu marah, saya tidak tahu siapa yang harus saya marah. Saya tidak mampu melarang orang daripada terus bercakap mengenai hal itu. Itu hak mereka, cuma saya sedih mengapa dijadikan sasaran berita tidak benar itu kerana ia langsung tidak berasas,” katanya.Dijolok pertanyaan kemungkinan jirannya menjadi sumber berita itu tersebar, Tari pantas menolak. Dia berkata, hubungan mereka dengan jiran sudah seperti saudara sendiri dan tidak mungkin mereka mengkhianati dirinya.Impak kes video lucah bersama Ariel memaksa Tari untuk menyepikan diri daripada dunia hiburan. Bagaimanapun, sejak Mac lalu, Tari mempersiapkan dirinya untuk kembali dan menebus semula kekhilafan yang hampir mengorbankan karier seninya. Tari mahu melupakan \'luka\' itu. Dia memilih untuk menjalani kehidupan baru tanpa perlu masyarakat membahas isu yang masih diperkatakan.INFOKes Video Seks Cut Tari -Ariel:8 Jun 2010: Cut Tari terkait berita mengenai penyebaran video porno mirip dirinya dan Ariel Peterpan. Video durasi 8 minit itu dirakam sekitar 2006.Pengedaran video itu membuat karier Tari terancam. Hari sama, kontraknya sebagai pengacara program hiburan, Insert dihentikan, begitu juga program lain di bawah TransCorp.Pada 14 Jun 2010, Tari ke balai polis untuk memberi keterangan. Didampingi suami, Tari disiasat sebagai saksi.Kariernya sebagai bintang iklan produk Pixy juga berakhir, biarpun kontrak bersama Mandom Indonesia itu masih berbaki sehingga September. Tekanan berpanjangan pelbagai pihak mendesak Tari untuk melakukan sidang media pada 8 Julai 2010. Dia memohon maaf. Pada 9 Julai 2010, Tari mengakui wanita dalam video itu ialah dirinya. Dia juga menjadi saksi kes itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|