CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Reviu CD: Kristal kurang menyengat?

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Reviu CD: Kristal kurang menyengat?2011/06/11\n\n\n\n\n\n\n\nAlbum: Luahan Hati\rArtis: Kristal\rGenre: Rock\r\n\n\n\nTerbitan: Universal Music\r\rKRISTAL antara kumpulan rock muda yang bijak merencanakan perjalanan karier mereka. Kental mengusung genre rock keras, Kristal mempelbagaikan penyampaian mereka untuk memperlihatkan nuansa berbeza setiap kali muncul album baru.\r\n\n\n\n\n\rLuahan Hati memuatkan 11 lagu, cenderung kepada rentak balada dan sederhana rancak sekali gus memperlihatkan Kristal cuba mengurangkan elemen rock berat yang sinonim dengan mereka. Seperti album terdahulu, album ini juga memuatkan beberapa rakaman semula lagu popular seperti Luahan Hati, Perangkap Cinta dan Selagi Ada Rindu.\rEntah mengapa Kristal begitu cenderung memilih konsep itu. Mungkin ia menjadi umpan untuk menarik khalayak kerana lagu yang sudah sinonim di pendengaran peminat. Bagaimanapun, pendengar yang sudah terbiasa dengan muzik Kristal pasti akan berasa janggal dengan apa yang mereka berikan dalam Luahan Hati.\rSengat berbisa Kristal sudah hilang, malah keampuhan muzik metal yang diperjuangkan mereka selama ini seperti beransur pergi.\rApakah Kristal menyasarkan pasaran lebih komersial, lantas mengenepikan seketika identiti muzik keras yang membentuk identiti mereka?\rMeskipun tidak menghilangkan sepenuhnya identiti muzik mereka, Luahan Hati gagal memberikan tenaga diharapkan pendengar tegar Kristal.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.234285 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list