View: 124|Reply: 0
|
Ramlah memikat, Alyah mempesona
[Copy link]
|
|
Rakaman Konsert Sensasi 2 berjaya timbul minat penonton\rPADUAN dua vokal hebat, Ramlah Ram dan Alyah menyanyikan lagu Hari Raya Hari Bahagia sememangnya membangkitkan lagi mood penonton yang menyaksikan rakaman Konsert Sensasi 2, baru-baru ini. Sesuai dengan lagu yang dipilih, konsert berkenaan dirakam untuk siaran Hari Raya nanti.\r\n\n\n\n\r Kedua-duanya juga tampil anggun bergaya dengan busana menawan di atas pentas, dengan iringan pemuzik di bawah pimpinan komposer terkenal, Helen Yap, yang nyata menghangatkan lagi suasana di dalam auditorium.\r\r\n\n\n\n\n Selain lagu-lagu Hari Raya, kedua-duanya turut mempersembahkan lagu hit masing-masing di samping lagu nyanyian penyanyi lelaki tempatan.\rLagu Apa Khabar Mu Di Sana dan Kau Kunci Cintaku nyanyian Ramlah berduet dengan peserta Tiada Lama Tiada Baharu, Awis, mengimbau kembali nostalgia kegemilangan dirinya suatu ketika dulu.\rPersembahan mantap dengan gemersik suaranya memang memukau hadirin yang datang menyaksikan rakaman konsert itu.\rMeskipun usianya sudah 46 tahun, namun bintang kelahiran program Bintang RTM 1985 ini membuktikan, usia bukanlah halangan untuknya terus beraksi di atas pentas dengan vokal yang memukau. Begitu juga dengan imej baru, bertudung, sedikit pun tidak menyukarkan Ramlah untuk meneruskan kerjaya seninya dengan alunan lagu-lagu hit yang masih mendapat tempat di hati peminat sehingga kini.\r\n\n\n\n\rLebih menarik perhatian penonton, tatkala Ramlah mendendangkan lagu Di Alam Fana Cinta nyanyian kumpulan Fotograf dan lagu Mahakarya Cinta nyanyian Faizal Tahir. Alunannya mempesonakan penonton, yang rata-rata mengagumi kehebatan vokalnya itu.\rBegitu juga peminat terpaku tatkala penyanyi dari Johor ini mempersembahkan lagu popularnya, Ketentuan dan Benar Mencintai.\rPersembahan yang diselang-seli dengan penampilan artis yang mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia, Alyah, dianggap cukup serasi. Gandingan mereka dikatakan memang tepat kerana kedua-duanya memiliki suara yang mantap dan bertenaga.\rAlyah yang tampil bergaya menyanyikan lagi hitnya, Realiti Dewi, Tak Mungkin Kerana Sayang dan Kisah Hati turut menarik perhatian penonton.\rPendek kata, malam itu suasana kemeriahan Hari Raya benar-benar terasa apabila menyaksikan dua penyanyi hebat beradu suara di pentas konsert. Kemeriahan lebih terasa tatkala pemuzik serta penyanyi latar yang berbaju Melayu dan kurung tampil menyerikan persembahan.\rSeperti Ramlah, Alyah turut menyanyikan lagu penyanyi lelaki yang diminatinya. Dia memilih Noktah Cinta nyanyian Hafiz dan Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza.\rMemiliki suara yang lunak dan bernada tinggi satu kelebihan kepada Alyah dalam menyampaikan lagu sedemikian, yang membuatkan penonton tidak pernah berasa bosan menyaksikan konsert rakaman selama dua jam itu.\rBegitupun, suasana pilu terasa apabila lagu Penawar Rindu daripada mereka dinyanyikan khas sebagai penghargaan buat Datin Orkid Abdullah, pejuang lagu asli yang meninggalkan kita buat selama-lama baru-baru ini.\rKonsert istimewa gandingan baru, lama\rSELAIN Ramlah dan Alyah, Konsert Sensasi 2 turut menampilkan gandingan artis lain seperti Datuk Jeffrydin dan Mas Idayu, serta Misha Omar dan Tomok.\rMenurut Penerbit Unit Hiburan TV RTM, Mohd Yusni Mohamed Ali, konsert terbabit diadakan bagi menampilkan kelainan di samping menyajikan persembahan artis terkenal di pagi raya.\r“Konsert ini akan disiarkan selama sejam setengah di TV2 pada Ogos nanti. Pemilihan Ramlah Ram dan Alyah dibuat kerana kami rasakan adanya keserasian antara dua suara hebat ini.\r“Bila kita tengok gimik daripada Ramlah dan gaya Alyah, harap-harap ia dapat menarik tontonan penonton nanti. Kami juga akan menyiarkan rakaman di luar studio bersama mereka berdua,” katanya.\rPemilihan artis dalam Konsert Sensasi 2 dibuat berdasarkan kekuatan vokal serta bagi menyuntik mood raya kepada penonton selain lagu-lagu hit yang menjadi pujaan ramai.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|