CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Mexico belasah Costa Rica

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Guardado jaring dua gol, padam aib pasukan yang dikaitkan dengan dadah\rCHICAGO: Mexico yang dalam kesuraman se?lepas lima pemainnya diuji positif pada ujian dadah, melengkapkan rekod tanpa kalah saingan Kumpulan A Piala Emas CONCACAF dengan kemenangan 4-1 ke atas Costa Rica, kelmarin.\r\n\n\n\n\rKemenangan yang dibayangi penggantungan akibat ujian dadah itu yang didakwa berpunca daripada makanan yang dicemari, memastikan Mexico mara ke peringkat suku akhir.\r\r\n\n\n\n\nAndres Guardado menjaring璳an dua gol pada babak pertama permainan yang membantu memberikan Mexico kelebihan selesa 4-0 pada separuh masa.\rRafael Marquez dan Pablo Barrera juga menjaringkan gol sebelum tempoh rehat itu, manakala gol tunggal Costa Rica dijaringkan Marcos Urena pada minit ke-68.\rCosta Rica turut mara ke suku akhir selepas pasukan itu terikat dengan empat mata bersama-sama El Salvador tetapi memiliki perbezaan gol lebih baik untuk menduduki tempat kedua Kumpulan A. \rEl Salvador bagaimanapun masih berpeluang mara ke suku akhir sebagai satu daripada dua pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan. - Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.897386 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list