CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Toyol Nakal gagal di pasaran

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit akui filem sulung tidak capai piawaian ditetapkan\rTANPA sebarang hebahan, filem komedi berjudul Toyol Nakal menjengah pawagam pada 2 Jun lalu diapit beberapa filem blockbuster Hollywood selain dua produksi tempatan yang begitu gah promosinya iaitu Karak dan KL Gangster.\r\n\n\n\n\rJika syarikat lain sanggup mengeluarkan peruntukan bagi tujuan hebahan seawal perancangan menghasilkan sesuatu filem, strategi Artistik Pictures selaku penerbit merahsiakan kemunculan buah tangan sulung mereka menjadi tanda tanya ramai.\r\r\n\n\n\n\nNatijahnya, filem yang dikatakan menelan kos sebanyak RM1.21 juta dan menjalani penggambaran di Kota Kinabalu, Sabah itu hanya mampu meraih lebih RM100,000 dalam seminggu tayangan.\rDibarisi Julia Zigler, Joey, Abon dan Mr Os, produk sentuhan Z Lokman itu menjadi filem tercorot kutipan jika dibandingkan dengan produksi lain bermula awal 2011 hingga 10 Jun, mengekor di belakang Ratu The Movie yang memungut RM200,000 dengan 53 panggung.\rApakah silap pilih pelakon atau, tersasar percaturan tatkala mempertanggungjawabkan sutradara yang pernah digelar pengarah cincai atau sememangnya ia disebabkan kekhilafan Artistik Pictures sendiri?\rPenerbit Eksekutifnya, Jamil Justin, berkata pihaknya enggan menuding jari berhubung promosi atau kutipan memandangkan sejumlah wang sudah diperuntukkan bagi hebahan di televisyen dan radio.\r\n\n\n\n\rNamun dedahnya, di atas nasihat beberapa rakan lebih berpengalaman dalam industri perfileman yang dipertontonkan filem itu sebelum tayangan di pawagam membuatkan pihaknya melupakan hasrat mengadakan prebiu untuk media.\r“Sebagai syarikat baru yang tidak tahu apa-apa pasal pembikinan filem, kita serahkan segala-galanya kepada pengarah. Skrip bagus, begitu juga dengan kesungguhan pelakon tetapi tidak sangka hasilnya kurang menepati piawaian.\r“Barangkali disebabkan ketika penggambaran dua filem dibikin sekali gus, satu versi Melayu dan satu lagi untuk pasaran Filipina diberi judul Naughty Boy. Proses suntingan mengasingkan babak juga cukup mencabar hingga membuatkan filem ini terperap setahun lebih.\r“Penggambaran pula diadakan di Sabah dan ketika itu atas idea seseorang, hanya menjemput akhbar setempat menyebabkan hebahan Toyol Nakal tidak sampai ke Semenanjung namun soal prebiu, saya akui kami sengaja tidak mengadakan tayangan khas kerana punya alasan munasabah,” katanya.\rVersi Tagalog pula diarahkan bersama  Z Lokman dan John Ad Castillo dengan membariskan Roldan Aquino, Jeffry Quezon, Irene Contreras serta Breeze Gregorio, manakala tayangannya dijangka selewat-lewatnya akhir tahun ini.\rMembabitkan penggambaran hampir 20 hari, kata Jamil lagi, kutipan rendah ini tidak mematahkan semangat Artistik Pictures sebaliknya mereka merancang menghasilkan dua lagi filem tahun ini.\rMalah Z Lokman sekali lagi diberi kepercayaan untuk memberikan sentuhan terhadap buah tangan kedua syarikat produksi terbabit yang kini dalam proses pemilihan skrip.\r“Pengalaman pertama ini menguatkan semangat kami untuk menghasilkan produk lebih baik pada masa depan malah jumlah kutipan juga diharap membuka mata semua khususnya kepada pengarah untuk lebih teliti.\r“Ketika melihat latar belakang Z Lokman yang menghasilkan pelbagai genre filem termasuk Raja Laut yang begitu meninggalkan kesan suatu masa dulu, kami percaya kebolehannya dan harapan kami semoga filem kedua nanti menyerlahkan mutu kerjanya yang sebenar,” ulasnya penuh bermakna.\rBegitupun, Artistik Pictures tidak terlalu kecewa memandangkan pihak berkenaan dalam peringkat perbincangan dengan stesen TV kabel selain mengedarkannya dalam bentuk DVD.\rHarap versi Tagalog capai sasaran\rSEMENTARA itu, Z Lokman menegaskan kesilapan utama yang mengakibatkan filem itu gagal meraih perhatian penonton adalah kekurangan publisiti sedangkan dari segi kisah, Toyol Nakal sarat dengan elemen komedi.\r“Tugas saya hanya mengarah dan selepas itu terpulang kepada syarikat memasang strategi pemasaran. Bagi saya buat filem macam mana baik sekali pun, ‘senjata’ utama yang perlu digunakan untuk menarik golongan sasaran adalah promosi.\r“Tambahan pula ketika tayangan, filem ini terpaksa bersaing dengan beberapa produksi luar yang hebat termasuk Kung Fu Panda 2 selain penerbitan tempatan seperti Nur Kasih, Karak dan KL Gangsters.\r“Selepas hampir sedekad tidak menghasilkan filem Melayu, sudah pasti saya bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab saya, cuma sudah ditakdirkan rezeki Toyol Nakal hanya sebanyak itu,” katanya ketika ditanya kutipan filem berkenaan.\rBerganding bahu dengan anaknya, Zarith Lokman, sutradara berusia 73 tahun yang aktif dalam kerja pengarahan sejak 1974 itu mengakui selepas Mendam Berahi kerjayanya lebih tertumpu di Filipina dan setakat ini sudah menghasilkan lima filem Tagalog.\r“Sepanjang tempoh menyepi daripada industri filem tempatan, saya masih aktif mengarah dengan kerap berulang alik ke Manila memandangkan banyak tawaran daripada produksi di sana.\r“Apabila diberi peluang mengarahkan Toyol Nakal, pihak produksi bersetuju untuk menghasilkannya dalam dua versi. Walaupun untuk versi tempatan kurang menyerlah, kita akan pastikan Naughty Boy mencapai sasaran,” katanya lagi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038718 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list