View: 119|Reply: 0
|
Semakin Jelas, Tak Tahan
[Copy link]
|
|
TUMPUAN Siti Nordiana kali ini adalah kepada nyanyian dengan kemunculannya kali ini diharap boleh diterima baik oleh pendengar dan peminat.\rWalaupun mempunyai ramai kawan, tetapi dia tidak memikirkan sangat untuk menamatkan zaman solonya ketika ini dalam keadaan tergesa-gesa. \r\n\n\n\n\r\"Berkawan biarlah ramai. Usia dan usia anak yang masih kecil membataskan saya untuk berfikir mencari pengganti. Lagi pun Rayyan cemburu apabila saya bergaul dengan lelaki lain,\" kata penyanyi yang tenggelam timbul sebelum ini ketika ditanya adakah hatinya sudah dikunci mana-mana lelaki selepas pemergian arwah bekas suaminya.\r\r\n\n\n\n\nSiti Nordiana atau panggilan manjanya Nana kelihatan lebih langsing dan tampil bergaya ketika pada majlis pelancaran album terbarunya bersama-sama Ernie Zakri terbitan FMC di Red Box , Mid Valley baru-baru ini. \rIbu tunggal yang punyai anak berusia tiga tahun ini seperti biasa ramah menyusun bicara ketika ditemubual berkenaan kemunculan album terbarunya Semakin Jauh yang dilihat tampil memberikan kelainan kepada kariernya.\rLebih matang dengan imej yang urban dan kekuatan vokal yang begitu menguji kebolehannya adalah cerminan kepada wajah baru albumnya itu yang menampilkan lapan buah lagu hangat yang sudah mula berada di pasaran sejak 14 Mac lalu.\r\"Album ini mengandungi dua lagu baru, iaitu Tak Tahan dan Semakin Jelas. Enam lagi adalah lagu unrealesed track termasuk dua lagu berirama pop tradisional dan satu darinya duet bersama Syura,\" katanya yang sudah menceburi bidang seni sejak 12 tahun lalu.\r\n\n\n\n\rMengulas lanjut berkenaan album barunya itu, Nana memberitahu, album Semakin Jelas berbeza dengan albumnya sebelum ini kerana dia perlu menjiwai watak lagu yang perlukan penghayatan dan mengkaji mood lagu.\rSemakin Jelas hasil ciptaan Azlan Abu Hassan juga tidak kurang hebatnya. Walaupun berentak balada, tetapi sentuhan Azlan melalui melodi lagu ini turut membawa perubahan dalam gaya penyampaian Nana kali ini.\rLagu Tak Tahan boleh dianggap sebagai cenderahati Nana kepada peminatnya adalah taruhan pertama genre pop alternatif bagi penyanyi yang sebelum ini dikenali dengan imej lagu balada dan kehadiran video lagu arahan Redha Fahmi ini juga mendapat perhatian ketika mula ditayangkan dahulu kerana ia punyai aura tersendiri dalam memikat halwa telinga untuk terus mendengar bait-bait liriknya yang cukup puitis walaupun ia dilontarkan dalam nada kemarahan. \r\"Lagu Tak Tahan agak susah untuk dibawa kerana saya perlu bawa irama lagu yang rancak dan berada dalam mood marah dan tertekan,\" katanya yang kini membintangi dua telefilem terbitan RTM berjudul Nenas dan Ikan serta Roh Cinta.\rDrama ini adalah dua genre yang berbeza. Roh Cinta adalah berbentuk seram manakala Nenas dan Ikan pula berbentuk komedi.\rPenampilan Siti Nordiana juga kini sudah berubah iaitu imej yang lebih ‘meletup’. Namun, dia yang dilihat mula tampil seksi, urban dan bergaya menganggap imejnya itu sudah dilalui sejak zaman remajanya lagi.\r\"Dulu pun saya agak seksi tapi tidak begitu menonjol di hadapan peminat dengan imej sedemikian rupa,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|