CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Berlakon sampai termuntah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Soffi tegaskan pada awalnya lebih berminat menjadi pengarah, bukan pelakon\rWALAUPUN kemunculannya menerusi sesuatu filem hanya beberapa saat saja, namun kesan yang ditinggalkan tidak pernah mengecewakan, malahan percaya penonton pasti perasan kewujudan karektor yang dilakonkan itu. \r\n\n\n\n\rMembawakan watak bomoh dari negara seberang dengan loghat Jawa melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), menahan ‘sengsara’ di depan tandas untuk membuang air besar dalam filem Man Laksa, menjadi dalang utama memporak perandakan penduduk kampung sebagai watak Sofi di dalam Zombie Kampung Pisang dan watak jahat sebagai Junna menerusi filem Estet, antara karektor pemilik nama sebenar Mohamad Shoffi Jikan atau Soffi-G.\r\r\n\n\n\n\nJiwa seni yang lahir dalam diri lelaki berusia 41 tahun ini begitu kuat. Semuanya bermula ketika mengikuti pendidikan di Akademi Filem Malaysia (sekarang Akademi Seni, Warisan dan Budaya (ASWARA) pada awal 90-an.\rKetika itu dia langsung tidak ada asas dalam lakonan. Minatnya dalam seni hanya mahu jadi pengarah saja. Lakonannya bermula ketika dia banyak membuat filem pendek dan sering menjadi bidang terjun apabila ada artis yang tidak datang. \rNamun, sejak itu Soffi-G menyedari dirinya mempunyai satu kekuatan dalam lakonan yang mana mampu membuat persembahan tanpa dialog dan hanya melalui pergerakan saja. \rIa diakui sendiri semua kenalan terdekatnya yang mengakui bahawa kelebihan Soffi tidak sama dengan pelakon lain. Dia boleh menyampai maksud dan mesej kepada penonton dengan berkesan. \r\n\n\n\n\rNamun Soff tidak pernah terlintas untuk bergelar pelakon selagi impiannya bergelar pengarah tidak tercapai. Apa yang dilakukan hanyalah mengumpul segala ilmu di dalam bidang seni untuk kegunaan karier di masa depan.\r“Dari situ saya hanya melihat senario lakonan namun tidak sesekali membuat keputusan untuk menjadi pelakon dan meneruskan kerja di belakang tabir pada 1992. Semua bidang tugas sebagai kru penerbitan drama dan filem saya terokai dari bawah sampailah paling atas. \r“Pendidikan saya di AFM tidak habis. Akhirnya pada 1995 saya berjaya mengarahkan filem Burung Besi, tapi selepas itu banyak menjadi pembantu pengarah kepada Bade Azmi dan Erma Fatima. Sehinggalah sampai satu tahap saya rasa cukup bosan dengan kerja itu, lantas keluar dalam bidang itu kerana merasakan terlalu penat.\r“Saya hilang banyak masa untuk berkarya yang menjadi impian saya, perasaan saya terus terpendam,” katanya yang ketika itu semakin buntu memikirkan masa depannya tanpa hala tuju dan setiap bidang yang dilakukan masih tidak mencapai kepuasan.\rKerana masih ada lagi sisa-sisa minatnya terhadap seni, Soffi ambil keputusan mengikuti sahabatnya terbabit dalam projek akhir di ASWARA.\r“Sahabat dari ASWARA seperti Adlin Aman Ramli, Namron, Juhara Ayob buat projek tahun akhir kumpulan pertama ASWARA, masa itu saya membantu mereka mengendalikan kerja teknikal. Kebetulan dari situ jugalah saya mula sertai teater dan teater pertama bersama Namron berjudul Bukan Bunuh Diri pada 1997.\r“Bila menyertai teater ini, saya dapat rasakan latihannya cukup kuat dan pengisiannya nampak, lalu saya teruskan bersama mereka untuk beberapa projek teater lagi. Masa itu saya sudah tidak nampak masa depan dalam dunia perfileman ini. \r“Lalu bidang teater ini ditumpukan secara lebih profesional dengan menyertai Actor Studio dan mementaskan Hamlet karya asal Shakespeare. Bersama arahan Datuk Faridah Marican, saya berkongsi pentas bersama Adlin, Que Haidar, Khir Rahman, Zulhuzaimi dan Juhara Ayob,” katanya. \rSelepas itu, dia berlakon teater Dejavu dan pencapaian terbaik buatnya di pentas lakonan apabila membawa watak Jebat dalam teater Wangi Jadi Saksi, itulah watak paling mencabar dalam hidupnya setakat ini. \rSebelum itu, Soffi berkata, teater pertamanya berjudul Bukan Bunuh Diri karya Dinsman dan menutup bidang teater juga dengan karya Dinsman menerusi Menanti Takdir Dari Tuhan pada 1998.\rBapa kepada tiga cahaya mata ini juga mengakui, teater menjadi pencetus karier lakonan filemnya apabila melepasi uji bakat filem Paloh.\r“Boleh juga dikatakan, teater ini adalah pencetus utama saya memulakan bidang lakonan filem dan drama. Saya menghadiri uji bakat Paloh tetapi pengarahnya, Adman Salleh menawarkan saya jadi pembantu pengarah. Kata Adman, kalau nak jadi pelakon dia suruh saya balik saja tetapi saya berdebat pendapat dengan meyakinkan dia (Adman) yang saya boleh berlakon dengan baik dan akhirnya dia mengalah. \r“Sepanjang karier lakonan saya, baru dua kali saja saya menghadiri uji bakat dan filem kedua bersama Mamat Khalid dalam telefilem Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys pada 1999, lepas itu filem Paloh dan Pontianak Harum Sundal Malam,” katanya yang mengakui lakonannya menjadi semakin mendatar selepas terbabit dengan filem itu.\rDua teater satu masa \rPerubahan diri dan karektor lakonannya kembali dikesan mengalami peralihan selepas ditawarkan membintangi dua teater dalam satu masa yang tidak pernah dilakukan mana-mana pelakon sebelum ini.\rSemuanya bermula selepas ditawarkan berlakon di dalam dua produksi teater sekali gus. Teater pertama Pemakan Hati arahan Khir Rahman di Stor DBP dan Dejavu arahan Rohaya Atan di Istana Budaya. Kedua-duanya pementasan itu bermula jam 8.30, tetapi katanya, di Stor DBP berakhir awal membuatkan dia boleh melarikan untuk berteater di IB pula pada separuh masa kedua. \r“Bila berlatih siang dan malam untuk dua projek ini, diri saya sudah jadi lain. Itulah dua pementasan yang saya dapat kebebasan menokok tambah suka hati. Saya berdialog dan monolog dengan bebas. Masa itu saya rasa otak saya sudah pecah dan bukan lagi saya yang dulu. \r“Saya sudah jumpa satu formula. Masa itulah saya hantar SMS kepada semua pengarah untuk ambil saya berlakon. Saya kata kepada mereka, lakonan saya sekarang sudah dahsyat. Akhirnya jodoh saya bersama Mamat Khalid dalam filem Man Laksa.\r“Walaupun hanya diberikan satu babak saja tetapi saya memberikan 200 peratus lakonan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maksudnya, saya sudah menjumpai formula di mana keberanian, keyakinan, keinginan, kemahuan yang luar biasa sehingga 200 peratus daripada diri saya yang sebenar. \r“Saya sudah lalui satu terapi yang dahsyat, itulah yang orang kata ketika kita berlatih seharusnya berlatih sampai hancur dan teorinya semasa itulah kita seolah menyalin diri kita yang lain,” katanya.\rSetiap tawaran lakonan yang diterima dianggap sebagai tawaran terakhir buatnya dan tidak akan ada lagi tawaran berlakon selepas ini.\rSeperti di dalam filem, setiap saat mempunyai 24 frame bagi filem dan setiap ruang di dalam itu adalah hidup dan matinya apabila pengarah mengatakan; camera!.. roll and action! \rMaknanya itulah peluang pertama dan terakhirnya akan lakukan. Kalau baik,  maka baiklah hasilnya dan jika tidak maka gagallah peluang selepas ini. Perkara itulah yang setiap kali difikirkan sebelum berlakon. \rDia juga percaya orang sepertinya jarang mendapat peluang, dan kegagalan membuat yang terbaik akan memusnahkan masa depannya. \rSehubungan itu, apabila dapat peluang berlakon, ia dianggap sebagai satu anugerah.\r“Saya sanggup melakukan lagak ngeri sendiri sehingga termuntah di set, lebih lagi sekarang ini method saya sekarang berlakon sampai pitam,” katanya yang mengakui termuntah sehingga tujuh kali ketika menjalani penggambaran filem Jalan Kembali: Bohsia 2 arahan Syamsul Yusof, begitu juga beberapa filem arahan Mamat Khalid.\rInfo: Soffi-G\rNama Sebenar: Mohamad Shoffi Jikan\rPanggilan: Soffi-G\rAsal: Kuala Terengganu, Terengganu\rTarikh Lahir: 13 November 1970\rUsia: 41\rIsteri: Izzatty Isma Ibrahim, 30\rAnak: Sufilyana Syahmi (7 tahun), Ilham Izzuddin (5 tahun) dan Irfan Solihin (3 bulan)\rFilem: Man Laksa, Rock, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombie Kampung Pisang, Paloh,  Antoo Fighter, Cinta, Kala Malam Bulan Mengambang, Bunohan, Bara Jiwa, KL Gangster, Rock 2.\rArahan: Mencari Jannah, Ku Yakin Berlaku, Ustaz Coklat, Terbelahak dan Sonata Labu-Labi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.155565 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list