|
Pengguna seharusnya menghormati harta intelek, industri kreatif \rIA bukannya bersangkut paut dengan hak asasi manusia, menyekat kebebasan bersuara mahupun berhubung kait dengan penapisan maklumat, sebaliknya penyekatan ke atas laman sesawang tidak berlesen adalah demi melindungi harta intelek seseorang ataupun sesebuah syarikat daripada dirompak, diperdagangkan dan dikongsi secara haram.\r\n\n\n\n\rBahkan, sekatan ke atas laman sebegitu bukanlah perkara asing dalam dunia serba canggih yang semakin dikuasai alam maya ini. Tindakan serupa sudah pun dilaksanakan di beberapa negara luar seperti Australia, Bulgaria, Chile, Colombia, Denmark, India, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat dan banyak lagi. \r\r\n\n\n\n\nMalaysia pula muncul negara pertama yang mengambil tindakan serupa di Asia tenggara - menyekat akses ke laman sesawang yang mengamalkan perkongsian harta intelek secara haram daripada terus berleluasa, seterusnya menunjukkan bahawa pemikiran rakyat negara ini semakin maju dan matang, terutama dalam mempertahankan hak mereka.\rPersatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) pula secara terang-terangan menyokong usaha berkenaan, yang dianggap mereka sebagai langkah berani kerajaan dalam memastikan penggunaan Internet di kalangan rakyat dilakukan dengan cara lebih bertanggungjawab lagi. \rMereka menyatakan sokongan itu bersama beberapa lagi organisasi lain seperti Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Perlindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) dan The Malaysia Federation Against Copyright Theft (MFact) dalam sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, Selasa lalu.\rMenurut Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim, apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan arahan kepada penyedia perkhidmatan untuk menyekat akses ke 10 laman sesawang haram, isu ini diperbesarkan sesetengah pihak yang tidak faham. Sedangkan, ia sebenarnya bertujuan menghalang sesawang terbabit daripada terus memperdagangkan harta intelek orang lain sesuka hati.\r\n\n\n\n\r\"Sejak 2005 lagi kami sebenarnya sudah menyuarakan perkara ini. Jadi, apabila kerajaan mula bertindak dengan menyekat beberapa laman sesawang terbabit, ia satu tindakan yang harus disambut baik. Ia sewajarnya disokong kerana tindakan itu dilihat cukup tepat dalam mendidik rakyat menggunakan Internet secara lebih berhemah lagi.\r\"Sayangnya, ada beberapa kelompok yang menentang tindakan ini. Pendirian mereka memang mendukacitakan kita. Bahkan ada yang mengugut untuk menggodam laman sesawang kerajaan. Mereka ini berpegang kepada kepercayaan, mereka boleh menggunakan Internet sesuka hati. Malah, lebih 12,000 orang sudah pun menyatakan sokongan mereka terhadap kempen menentang tindakan SKMM di Facebook.\r\"Namun begitu saya percaya, lebih ramai orang akan menyokong tindakan kerajaan ini. Saya percaya mereka faham, ia bukanlah bentuk penganiayaan kepada pengguna, jauh sekali pengharaman ke atas penggunaan Internet. Tindakan itu dilakukan semata-mata untuk memaklumkan, mereka berada di laman web yang tidak sepatutnya,\" ujar Norman yang memberitahu, selain daripada 10 laman sesawang yang sudah dikenal pasti untuk disekat SKMM, pihaknya mendapati kira-kira lebih 80 laman lagi turut beroperasi tanpa lesen.\rPermulaan cukup baik\rTEGAS Norman lagi, mereka amat menyokong tindakan suruhanjaya terbabit kerana mahukan perlindungan sewajarnya ke atas produk yang dihasilkan daripada diperdagangkan tanpa izin.\r\"Jika kita mahu melihat negara kita menjana pendapatan lebih tinggi daripada industri kreatif, inilah tindakan yang sewajarnya. Dengan segala bentuk cetak rompak yang berleluasa ketika ini, pendapatan dalam industri rakaman menyusut ratusan juta ringgit,\" katanya yang menggesa semua pihak termasuk artis sendiri, untuk tampil memberikan sokongan kepada usaha terbabit.\rKatanya, antara laman web paling aktif memperdagangkan secara haram khazanah muzik dan filem Melayu ialah jiwang.org. Laman berkenaan setakat ini belum disekat SKMM, bagaimanapun aduan mengenai aktiviti laman sesawang terbabit sudah pun dibuat kepada pihak terbabit.\r\"Kami sedar, jumlah yang disekat ketika ini mungkin nampak kecil. Tetapi, ia sebuah permulaan yang cukup baik. Saya sendiri berkeyakinan, jumlahnya akan bertambah sedikit masa lagi. Hanya SKMM mempunyai peruntukan untuk melakukan sekatan ini. Justeru, kita harus sama-sama menyatakan sokongan ke atas usaha terbabit,\" katanya.\rMengaku pendiriannya itu mungkin akan dikecam oleh mereka yang tidak sependapat dengannya, namun Norman menjelaskan, seperti mana kebebasan bersuara di Internet tidak pernah disekat, dia sememangnya sedia berdepan segala kata nista berkenaan, kerana menyedari perjuangannya adalah demi kebaikan keseluruhan industri kreatif.\rPesannya, jika orang ramai menyayangi artis, muzik dan filem tempatan, mereka akan lebih menghormati harta intelek milik individu atau syarikat yang mengeluarkan produk golongan seni terbabit, dengan membenci aktiviti cetak dan laman sesawang tidak berlesen.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|