CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Mesti Tonton: Seram lagi tragis

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Filem: Ladda Land\rPengarah: Sophon Sakdaphisit\rSkrip: Sophon Sakdapisit\r\n\n\n\nPelakon: Piyathida Woramuksik, Saharat Sangkapreecha\rDurasi: 90 minutes\rGenre: Seram Misteri \r\n\n\n\n\nTayangan: Mulai 16 Jun 2011\rFILEM Ladda Land atau maksudnya ‘Last Home’ adalah buah tangan terbaru penulis dan pengarah filem Thailand, Sophon Sakdaphisit yang tampil membawa tema penceritaan menggabungkan mood sedih dan seram menerusi plot penuh debaran lagi mengasyikkan.\rSakdaphisit yang sudah melahirkan karya pelbagai genre seperti Suck Seed dan Crazy Liitle Thing Called Love bijak dalam memperlihatkan filem seram  berbeza apabila sentuhan magisnya agak berjaya memperkembangkan jalan cerita klise. Seperti kebiasaan, rumah berhantu adalah simbol kepada sesebuah filem seram namun kepandaian pengarah ini terletak pada pembinaan jalan cerita yang memetik nilai kasih sayang dan unsur pengorbanan dalam membawa penonton melayari kisah seram padat dengan ketakutan dan nilai kekeluargaan.\rMenerusi karya tulisannya, beliau dilihat bijak memanipulasi garapan seninya supaya penonton lupa sebentar kisah seram yang melampau kerana pada saat penonton dihidangkan kehadiran hantu dan bayangan hitam yang muncul, pada masa sama penonton turut dibuai perasaan sedih dengan watak Thee lakonan Saharos Songkapreecha yang tertekan untuk memberi kebahagiaan kepada isterinya, Parn (Piyathida Woramuksik) yang dilahirkan dalam keluarga mewah.\r\n\n\n\n\rMalah, anak perempuannya, Nan yang sentiasa berkonflik dengan Thee dan sering menghina seorang bapa yang sangat menyayangi dan amat mengimpikan sebuah keluarga bahagia hasil usahanya sendiri itu amat meruntun jiwa, ada ketikanya mampu mengalirkan air mata kesedihan , bukan lagi diulit ketakutan.\rYakin untuk terus mengecapi kebahagiaan bersama insan tersayang, Thee memutuskan untuk membawa isterinya yang taat bersama dua anakya berpindah ke Ladda Land dari Bangkok walaupun ditegah ibu mentua yang sangat membenci dirinya. Namun, dalam sejuta harapan membina bahtera bahagia di kawasan perumahan penuh misteri itu, mereka dikejutkan pembunuhan seorang pembantu rumah yang ditemui mati dalam peti ais, pembunuhan sekeluarga jiran yang cukup tragis dan bayangan seram hantu yang menyebabkan Nan diserang histeria.\rPengakhiran dinoktahkan dengan rasa sebak yang mengheret penonton menyedari betapa pentingnya kasih sayang seorang ayah dalam pembinaan kekeluargaan apabila Thee akhirnya menemui ajal dalam kekalutannya menyelamatkan keluarga dari terus diserang gangguan misteri melalui babak cukup mendebarkan rasa. \rCinta, kasih sayang, pengorbanan, semangat untuk berjaya, penghinaan, ketakutan adalah pati yang diadun dalam filem seram yang tidak keterlaluan dikatakan mampu memulihkan kembali era filem seram Thailand di layar perak. Kesan visual, kerja kamera yang tepat mengena debaran dan saat rasa takut menerjah penonton, tata bunyi menyeramkan ditambah kesan khas solekan pada wajah watak hantu cukup menjadikan Ladda Land filem seram mengujakan.\rAntara adegan menyeramkan apabila Nan melihat susuk wanita misteri berambut panjang berlegar di ampaian, lalu Nan cuba sedaya upaya menyorok daripada dilihat wanita itu. Debaran lagi kuat apabila lensa kamera memfokus pada close-up wajah buruk wanita misteri itu. Filem berdurasi satu setengah jam ini dikatakan diangkat dari kisah sebenar yang pernah berlaku di Chiang Mai. \rCarta pecah panggung\r1 - KL Gangster\r2 - Super 8\r3 - X Men: First Class\r4 - Kung Fu Panda 2: The Kaboom Of Doom \r5 - Dylan Dog: Dead of Night\r6 - Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides \r7 - Karak\r8 - Hoodwinked Too! Hood vs Evil \r9 - Henry\'s Crime\r10 - Fast and Furious 5

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.077881 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list