CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Capai impian

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Siti antara selebriti bakal berpanas, berhujan ikuti latihan Askar Wataniah\rBAYANGKANLAH kulit putih dan mulus yang selama ini hanya disaluti dengan losyen pelembap, akan dibakar perit terik mentari di padang kawad. Mengenakan seragam celoreng lengkap, patuh dengan arahan dan melakukan rutin tentera, antara peraturan yang akan diberikan.\r\n\n\n\n\r  Kulit bertukar menjadi gelap dan kering bukan lagi masalah buat sembilan selebriti yang menyatakan persetujuan untuk menyertai latihan asas sebagai Askar Wataniah anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n  Datuk Siti Nurhaliza, Ana Raffali, Aizat, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Nurul Hidayah, David Teo, Maznah Zolkifli dan Mat Nor kini bersedia mengalas tanggungjawab berkenaan.\rKesemua mereka ditawarkan menjalani latihan Askar Wataniah yang bukan saja bertujuan memberi pendedahan kepada warga selebriti mengenai aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tetapi dalam usaha menarik lebih ramai golongan belia menyertai pasukan itu.\rSebelum ini, tidak ramai yang mengetahui kelebihan menyertai Askar Wataniah yang selama ini dilihat sebagai latihan menggerunkan.\rMenurut Siti, dirinya tidak menghadapi masalah dengan cabaran lasak yang akan ditempuhi kerana dia sendiri sudah sekian lama menyimpan impian menyertai pasukan seragam sekiranya tidak bergelar artis.\r\n\n\n\n\r“Siti percaya dalam diri setiap orang pasti ada impian masing-masing, begitu juga dengan Siti yang sejak dari kecil memang meminati pasukan beruniform namun tidak berkesempatan. \r“Sebelum ini pun, Siti mempunyai cita-cita untuk menjadi polis sekiranya tidak menjadi penyanyi dan impian itu dirasai ketika menjalani latihan asas ketenteraan sewaktu menjalani penggambaran program TV suatu masa lalu. \r“Walaupun sudah lama, namun semangat itu masih ada dan kebetulan pula Siti ditawarkan untuk menyertai Askar Wataniah ini,” katanya yang ditemui pada majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah di Kementerian Pertahanan, baru-baru ini.\rDitanya mengenai kebimbangannya menjalani latihan di padang kawad di bawah pancaran matahari, Siti tersenyum.\r“Siti tidak ada masalah sekiranya kulit akan terbakar kerana bahang panas matahari ketika menjalani latihan. Itu semua sudah lumrah dan Siti bersedia melalui keadaan itu nanti. \r“Jika diikutkan, sebagai selebriti, memang sangat dititikberatkan untuk menjaga kecantikan. Kami sebagai artis harus menjaga penampilan diri demi menjadi penghibur kepada masyarakat dan peminat. Namun kini di luar sana pun banyak produk yang boleh menghalang kulit daripada terbakar,” katanya yang kelihatan menawan apabila lengkap berpakaian tentera pada majlis itu.\rKesemua selebriti diberikan kelonggaran untuk menamatkan latihan selama 39 jam mengikut jadual mereka sendiri. Kelebihannya juga, mereka tidak akan diberikan latihan berat seperti mana latihan sebenar pasukan tentera.\rKata Siti lagi, selepas mendapat penerangan daripada pegawai tentera yang akan melatih mereka, latihan asas diberikan tidak seteruk pasukan tentera sebenar yang harus menghabiskan 240 jam latihan setahun. Mereka hanya akan melalui latihan seperti berkawad, menerima arahan, menggunakan senjata dan sebagainya mengikut peringkat. \rKomen selebriti:\rAna Raffali\r“Sebenarnya saya sangat bertuah walaupun sebelum ini pernah terdetik untuk menyertainya, namun tidak berpeluang. Apabila saya ditawarkan Kementerian Pertahanan untuk menyertai pasukan ini, saya melihatnya sebagai peluang keemasan dalam mendidik saya menjadi seorang insan yang lebih berdisiplin. \r\"Saya berharap dapat merasai pengalaman yang lebih manis bersama pasukan Wataniah ini. Alhamdulillah, Kementerian Pertahanan sangat memahami jadual kerja kami dan memberikan kelonggaran kepada kami untuk berlatih, mengikut kesesuaian waktu.\r\"Harapan saya sangat besar apabila menyertai Wataniah ini, apatah lagi apabila mengetahui pangkat terbesar di dalam pasukan ini ialah Briged Jeneral. Kalau boleh, saya ingin berusaha sebaik mungkin agar dapat mencapai matlamat menjadi askar Wataniah yang boleh dibanggakan.\"\rDavid Teo\r“Sebagai seorang pemimpin di syarikat sendiri, saya juga bersedia untuk dipimpin dengan menyertai Askar Wataniah. Maknanya, seorang pemimpin juga boleh dipimpin. Saya juga bersedia menerima apa saja cabaran melalui latihan yang akan diberikan, walaupun selama ini saya tidak begitu aktif bersenam mahupun berjoging.\r\"Jika di pejabat saya sering memegang pen tetapi di hutan saya bersedia untuk memegang senjata kerana saya pun belum pernah memegangnya sebelum ini. Menyertai Askar Wataniah ini juga memberi kelebihan kepada saya untuk belajar ilmu mempertahankan diri sendiri, dan pelbagai lagi pengetahuan, walaupun latihan itu tidaklah begitu panjang. \r\"Jika kita sudah mendekati askar dan mengenali kehidupan mereka, sudah tentu kita tidak lagi menyangka bahawa askar bukan seperti yang disangka. Saya juga menyeru kepada selebriti dan golongan muda negara ini agar dapat meluangkan masa menyertai pasukan ini.\"\rIntan Ladyana\r“Selama ini, apabila disebut mengenai askar pasti terlintas di kepala kita berkaitan disiplin, jadualnya yang ketat dan latihan yang mencabar harus dilalui oleh semua orang. Namun apabila saya diberitahu pegawai tentera yang akan melatih kami, latihan kami tidaklah seteruk mana dan hanya harus menghabiskan masa selama 39 jam saja, saya menjadi agak lega.\r“Saya percaya ramai antara kita di luar sana yang tidak mengetahui apakah aktiviti sebenarnya askar ini. Saya sendiri tertarik untuk mengetahui kehidupan sebenar mereka, apakah ia seteruk yang disangka. \r\"Saya memasuki Wataniah ini untuk diri sendiri dan juga bagi menarik minat lebih ramai golongan remaja menyertainya. Tidak dinafikan pada mulanya memang saya ragu-ragu apabila ditawarkan Kementerian Pertahanan, tetapi selepas bertanya kepada mereka apa yang harus kami buat dan macam mana situasi ketika kami berada di dalam latihan itu, saya rasa saya harus mencuba.\"\rAizat\r“Selepas memikirkan apa yang saya buat ini sebenarnya adalah untuk negara, kenapa tidak saya mencuba? Dengan penyertaan kami ini juga diharap dapat membuka hati remaja kita untuk turut serta. Sebenarnya amalan ini sudah dipraktikkan di seluruh dunia. Di Singapura mereka sudah bermula sejak berusia 16 tahun lagi. \r\"Saya juga yakin dapat melakukan latihan ini dengan sebaik mungkin sekiranya masa menyebelahi saya. Memang saya teruja untuk memulakan latihan. Apatah lagi apabila mengenangkan masalah obesiti yang semakin meningkat di negara kita. Latihan itu nanti pasti berguna untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan. Jika tidak silap, kira-kira 17 juta rakyat kita berdepan masalah kegemukan. Jadi penyertaan dalam pasukan ini, dengan latihan yang disediakan, baik untuk kesihatan.\r\"Sasaran saya hanyalah untuk menguasai atau merasai sesuatu yang tidak pernah kita buat selama ini. Saya ingin mencuba apa saja yang termampu ketika menjalani latihan itu nanti dan dapat menarik seberapa ramai remaja itu luar itu menyertai Wataniah.\"

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list