|
Juri pening kepala mencari kumpulan yang harus disingkirkanKEMERIAHAN dan kehangatan sambutan yang diberikan pada program yang pernah meraih anugerah program realiti terbaik tahun lalu, Showdown 2011 semakin terasa. Memasuki minggu ketujuh, keserasian dan kreativiti semakin terserlah buat enam kru yang masih bertahan.\n\n\n\n Minggu ketujuh juga menunjukkan kematangan begitu ketara buat enam kumpulan yang masih bersaing dalam mempersembahkan persembahan mereka. Kumpulan terbabit ialah Bounce Stepperz, Elecoldxhot, Rokusteps, Panic, HMC Phlow dan Blazin Squad. Kreativiti dan keserasian kru terbabit antara elemen paling menonjol dipersembahkan minggu lalu, menerusi tema Street Flava.\n\n\n\n\n Jika diperhatikan, kesemua persembahan yang diadili dua juri tetap iaitu Joe Flizzow dan Maple Loo, serta juri jemputan, Linda Jasmine, menerima kritikan cukup positif. Juri nyata berpuasa hati dengan persembahan mereka.Tiada lagi kritikan berunsur negatif daripada juri selepas kesemua kru semakin memahami tugasan melalui tema berbeza yang diberikan pada setiap minggu.Kelainannya pada minggu lalu, setiap kru dimestikan mengadakan dua persembahan - satu persembahan solo dan satu lagi persembahan bersama kru lain.Bounce Stepperz memulakan persembahan dengan lagu Blow daripada Kesha. Kru itu mendapat pujian daripada Joe yang mengatakan persembahan mereka berkarakter, namun kurang bertenaga menurut Linda. Berbeza dengan Elecoldxhot yang menerima pujian daripada semua juri.\n\n\n\nGabungan kru pertama yang membuat persembahan, Rokusteps dan Panic, sedikit menghampakan apabila tiada keserasian antara mereka namun berjaya menampilkan persembahan bertenaga.HMC Phlow antara kru yang terus konsisten sepanjang minggu dan menjadi kumpulan yang ditunggu-tunggu oleh juri dan penonton.Kesemua persembahan kru bukan saja memeningkan pengundi untuk memilih kru terbaik, malah juri turut mengakui kesukaran mencari kesalahan mereka bagi peringkat penyingkiran.Ia diakui sendiri Joe, yang terpaksa mengimbas kembali persembahan dan konsistensi setiap kru untuk tujuan penyingkiran.“Minggu ini antara minggu yang cukup sukar memilih kru yang harus disingkirkan. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Ada yang berpendapat Panic bakal tersingkir, namun kami melihat juga pada persembahan mereka sebelum ini yang cukup konsisten berbanding dengan Blazin Squad yang agak lambat untuk panas,\" katanya.Begitu juga dengan Maple yang mempunyai pendapat sama.“Blazin Squad bukanlah kru yang teruk, mereka kru yang mampu menyerlah dengan lebih jauh tetapi mereka tidak boleh bergerak sendiri tanpa seseorang yang boleh ‘guide’ mereka ketika latihan. Tidak seperti kru lain yang boleh melemparkan idea dan kreativiti sendiri untuk melahirkan persembahan yang mengagumkan,” katanya.Seperti minggu sebelum ini, empat kru yang memperoleh markah terendah akan berhadapan dengan pusingan ‘battle dance’. Minggu lalu, ia menyaksikan Blazin Squad, Rokusteps, Bounce Stepperz dan Panic bertarung di pusingan itu.Juri berpendapat, Rokusteps dan Panic antara kru pilihan mereka minggu lalu yang berjaya menjadi kru terbaik dan terselamat daripada penyingkiran. Malangnya buat Blazin Squad yang terpaksa melupakan impian merebut hadiah utama bernilai RM50,000 apabila diumumkan sebagai kru yang tersingkir pada minggu ketujuh.Hormati pihak lawanSELEPAS Blazin Squad tersingkir, kini hanya tinggi sebuah kru saja lagi daripada kelompok B-Boy yang tinggal, iaitu Rokusteps. Sudah tentu Blazing Squad menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Rokusteps menjulang kejuaraan pertandingan Showdown 2011.Jurucakap Blazin Squad, Shakirin Razin Shariff berkata, mereka tidak kisah dengan kekalahan di tangan Rokusteps, memandangkan mereka datang daripada kelompok yang sama. \"Jika hendak ikutkan memanglah kami agak tidak berpuas hati ketika pusingan ‘battle dance’ bersama mereka kerana kru terbabit mengambil masa kami terlalu banyak, namun itu bukan alasan yang ingin kami berikan,” katanya.Atas penyingkiran itu juga, Blazin Squad sepakat menyatakan cadangan kepada penganjur agar masa yang ditetapkan pada pusingan pertarungan itu dipatuhi semua kru dengan sikap menghormati pihak lawan.“Apa yang penting, setiap kru harus menghormati masa yang diberikan penganjur ketika ‘battle dance’, memandangkan pusingan itu hanya memperuntukkan masa yang agak singkat. Jadi pihak lawan juga harus diberikan peluang menunjukkan kelebihan, yang berkemungkinan menjadi persembahan terakhir mereka.“Jika boleh, masa itu ditambah lebih lama dan kru yang melanggar masa yang sudah ditetapkan boleh dipotong markah mereka,” kata Shakirin.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|