CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Belasungkawa: Tiada lagi usikan Pak Uda

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Cinta Zami Ismail kepada bidang seni kekal ke akhir hayatTIADA lagi usikan nakal daripada lelaki yang lebih dikenali sebagai Pak Uda, nama wataknya dalam sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu apabila beliau pergi menghadap Yang Maha Esa kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat kegagalan jantung. \n\n\n\n Pak Uda atau nama sebenarnya Zami Ismail, 67, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) selepas seminggu menerima rawatan. Allahyarham pada mulanya ke hospital berkenaan untuk melakukan pemeriksaan rutin, bagaimanapun, ditahan oleh pihak hospital.\n\n\n\n\n Sebelum ini, pelakon kelahiran Perak itu sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Kali pertama pada 1997 diikuti pada 2007 apabila Allahyarham sekali lagi diserang sesak nafas ketika sedang menjalani penggambaran filem Shh... Dia Datang arahan Saiful Apek.Kali ketiga pada Mei lalu, apabila Allahyarham mengadu sesak nafas ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran program Aidilfitri berjudul Gulai Tempoyak di Hulu Langat. Allahyarham kemudian di hantar ke Hospital Ampang dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).Allahyarham meninggalkan isteri Haizan Ibrahim serta sembilan anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi, 37,  Ismail Fahmi, 36, Khairul Afendi, 30, Aida Nurul Asikin, 29, Aida Nurul Wahyu,27,  Mohd Firdauh, 24 dan Zaid Al Bahman, 21. Cinta Zami atau Pak Uda yang sering memakai butang tidak betul pada bajunya dalam siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu terhadap dunia seni yang diceburi secara serius sejak 80-an tidak pernah padam. Dalam keadaan kesihatan yang kian merosot hari demi hari, Allahyarham masih gigih berlakon.\n\n\n\nKata Allahyarham ketika ditemubual oleh akhbar Metro Ahad pada Mei lalu, kepuasan mencari duit daripada hasil kudrat sendiri lebih memuaskan hati walaupun anak-anaknya tidak pernah melupakan tanggungjawab mereka. Bagaimanapun, dia pula tidak mahu membebankan anak-anak kerana mereka juga perlu menanggung keluarga sendiri.Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni lakon, Zami sudah menjayakan kira-kira 17 buah filem dan puluhan drama serta teater. Filem terakhirnya yang menemui penonton adalah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid yang berjaya mencatat kutipan lebih RM 8 juta. Manakala filem lakonannya yang juga di bawah arahan Mamat Khalid iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet akan menemui penonton selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.Sementara itu filem Shh... Dia Datang masih lagi belum menemui penonton berikutan beberapa masalah yang timbul. Selain itu beberapa filem yang turut menyaksikan pembabitan Zami ialah Roda-Roda, Mat Som, Cinta Rosevilla, Gemerlapan, Diari Romeo, Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Dunia Baru The Movie serta banyak lagi.Kredibiliti Zami sebagai pelakon tidak boleh dipertikaikan kerana beliau pernah menerima anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) ke-9 untuk filem Mat Som. Zami juga turut dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada FFM 11 untuk filem Wanita Bertudung Hitam namun nasib tidak berpihak kepadanya ketika itu.Hasrat peminat untuk melihat Zami kembali beraksi di pentas teater untuk sitkom popularnya The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 26 Jun ini bagaimanapun tidak kesampaian apabila beliau terlebih dulu meninggalkan kita. Dibawakan khas Karyawan dengan usaha sama Kumpulan Syarikat Seri Melayu, sitkom berkenaan adalah hasil inisiatif Imuda yang juga pendukung watak Budin bagi mengenang kembali nostalgia sitkom popular yang dicetuskan oleh Dr Hatta Azad Khan sekitar 1987 dan diarahkan Othman Hafsham.Anaknya Ahmad Yamashita berkata, bapanya  dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu selepas menjalani pemeriksaan rutin. Kira-kira jam 2.30 pagi semalam, pernafasan bapanya terhenti. Bagaimanapun, pihak hospital berusaha juga untuk membantu Allahyarham.“Keadaan bapa kritikal kira-kira jam 2.30 pagi apabila jantungnya berhenti berdenyut sehingga arwah terpaksa dibantu dengan mesin bantuan pernafasan. Doktor kemudian mencadangkan supaya arwah bapa menjalani pembedahan bagi memasukkan bateri kira-kira jam 5.30 pagi tadi. “Selepas proses berkenaan, doktor memberitahu tindak balas selepas memasukkan bateri itu negatif dan meminta kami bersedia pada bila-bila masa saja. Arwah bapa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi. Kami sebenarnya tidak tahu bapa menghidap sakit jantung sehinggalah keadaannya kritikal malam tadi ,” kata Ahmad Yamashita.Jenazah Allahyarham Zami Ismail di bawa ke kampung halamannya di Tapah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tapah Road.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.545028 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list