|
Qalisha menaruh harapan tinggi dengan pengalaman AjaiSEMUANYA bermula lima tahun lalu. Ketika itu usianya baru 15 tahun. Atas desakan dan sokongan keluarga, Qalisha memberanikan diri untuk mengasah serta mengembangkan bakat nyanyiannya kepada komposer ternama, Ajai.\rKetika itu, Ajai antara selebriti yang diundang memeriahkan sebuah acara hiburan di Terengganu. Peluang dan kesempatan bertemu dengan bekas pemain keyboard kumpulan Exist itu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh gadis 20 tahun ini.\r\n\n\n\n\rAkhirnya, di atas keberanian, anak jati kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu disunting menjadi penyanyi di bawah naungan Wake The Baby milik Ajai. Itu sudah menjadi kejayaan bagi Qalisha kerana selama hayatnya juga, dia tidak pernah langsung menunjukkan bakat dengan menyertai pertandingan nyanyian dan program realiti TV.\r\r\n\n\n\n\n“Saya meminati dunia nyanyian ini, tetapi tidak berani dan kurang yakin untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian. Mungkin tuah dan rezeki saya melalui bantuan abang Ajai. Itu pun selepas dua kali saya menghampakan pelawaannya ke Kuala Lumpur untuk diuji bakat. \r“Hanya pada awal tahun lalu, saya kuatkan semangat berjumpa dengan abang Ajai. Saya datang ke studionya dengan menyanyikan lagu Dan Sebenarnya dan Because You Loved Me,” katanya yang selesa menyanyikan lagu pop.\rHadir ke Balai Berita baru-baru ini dengan memakai dua persalinan koleksi peribadi dan rekaan Nazreen Idris, Qalisha atau Noor Qalisha Ahmad Rashid ini memang mengaku masih terlalu jauh perjalanannya untuk mencipta kejayaan.\rKatanya, Ajai mempercayai dan yakin dengan bakat dimiliki. Malahan selama berada di bawah tunjuk ajarnya, Ajai selalu memberi nasihat, semangat dan peringatan mengenai dunia seni, terutama pancaroba yang perlu dihadapi.\r\n\n\n\n\r“Saya dinasihatkan supaya kena pandai jaga diri. Saya menghormatinya sebagai seorang sifu. Waktu bekerja dia memang tegas. Jadi saya tidak boleh main-main dan perlu tunjukkan kesungguhan,” katanya.\rQalisha sepatutnya melanjutkan pelajaran di kolej, tetapi atas minat terhadap nyanyian, dia memilih untuk mencuba selama setahun bagi membuktikan apa yang ingin dikejar sekarang boleh tercapai. Chaq dan Tasha yang dikatakan menimbulkan masalah apabila masing-masing mendakwa Wake The Baby tidak menerbitkan album mereka seperti yang dijanjikan. \r“Saya ada mendengarnya (isu Chaq dan Tasha). Tetapi yang lepas itu biarlah berlalu. Saya berfikiran positif dan nampak kesungguhan abang Ajai dan isterinya, Kak Liza dalam mengatur kerjaya seni saya. Sebaik-baiknya, saya nak tumpukan bidang nyanyian,” jelas gadis ini.\rSementara itu, mengajak gadis berdarah campuran Arab, Pakistan, Afghanistan, Melayu dan Bugis ini membicarakan sisi peribadi, Qalisha mengaku pernah beberapa kali putus cinta. \rKatanya yang sering ditemani kakak, Noor Cahaya Ahmad Rashid, 21, ketika ini dia mengutamakan kerjaya seni.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|