CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Kehebatan orkestra

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Saiz, kedudukan pemuzik memainkan peranan tersendiriKONSERT, teater atau teater muzikal akan lebih menarik jika diiringi kumpulan pemuzik yang dikenali orkestra bagi menyerlahkan lagi suasana persembahan dengan alunan muzik sangat harmoni, indah dan syahdu.\rBagi penggemar muzik klasik, mendengar hasil karya komposer agung dunia seperti Mozart, Beethoven, Joseph Haydn, Igor Straviksny, kepuasan maksimum dapat dirasai sekiranya dipersembahkan dalam versi orkestra dan memang itulah yang selalunya dimainkan. \r\n\n\n\n\rAda antara kita pernah menyaksikan konsert orkestra, simfoni orkestra atau filharmonik. Memang konsert orkestra atau sesuatu persembahan yang diiringi dengan pemuzik orkestra akan menampilkan gaya dan suasana yang agak normal. \rMemang menjadi kebiasaan dan apabila kita menyaksikan sesuatu persembahan orkestra, tidak akan terfikir pun mengenai kedudukan atau susunan pemuziknya.\r\n\n\n\n\n \rTidak pun kita terfikir kenapa pemuzik atau pemain biola dan cello mesti di sebelah kiri konduktor iaitu pemimpin sesebuah kumpulan orkestra. Manakala pemain double bass pula selalunya di sebelah kanan konduktor dan pemain alat muzik tiupan di bahagian tengah. \rSetiap alatan muzik yang dimainkan serta kedudukan pemuzik dalam sesebuah orkestra yang terdiri lebih 30 pemuzik dengan setiap instrumen yang dimainkan mempunyai peranannya tersendiri.\rMalah, orkestra simfoni dan filharmonik itu sendiri juga mempunyai perbezaan dari segi instrumen, muzik dan jumlah pemuzik.\rMungkin ramai sudah mengenali Orkestra RTM sejak ditubuhkan pada tahun 1961 yang lebih kepada band radio yang besar dan sering mengiringi penyanyi. Selain Orkestra RTM, kita juga mungkin pernah dengar Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Orkestra Filharmonik PETRONAS. \rSekarang kita sudah ada Orkestra Seni Kebangsaan (OSK) yang mengiringi pementasan teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal, konsert Opera Hidup Wings dan konsert Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya. \rMenurut Pengarah Muzik OSK Istana Budaya (IB), Mustafa Fuzer Nawi, kedudukan pemuzik dalam orkestra simfoni sudah ditetapkan mengikut persembahan yang ingin dipentaskan dan kedudukan itu tiada bezanya dengan orkestra filharmonik.\r“Perbezaan antara orkestra simfoni dan filharmonik hanyalah pada jumlah pemuzik. Simfoni boleh mempunyai sekurang-kurangnya 30 pemuzik tetapi filharmonik pula minimum 80 orang dan paling ramai 120 pemuzik.\r“Simfoni dan filharmonik kedua-duanya adalah klasikal orkestra. Kalau dibandingkan dengan Orkestra RTM yang lebih kepada orkestra radio.\r“Filharmonik boleh jadi kumpulan koir dan tak boleh mengendalikan konsert seperti Wings, teater mahupun opera kerana separuh daripada pentas saja sudah dipenuhi pemuzik. Bahkan di sini (IB) sendiri tidak dapat menampung pemuzik filharmonik kerana terlalu besar,” katanya.\rOrkestra simfoni dan filharmonik mempunyai perbezaan dengan orkestra RTM dari segi instrumen yang digunakan kerana Orkestra RTM lebih kepada instrumen saksofon, trumpet, trombon atau lebih kepada alatan tiupan dan pancaragam.\rNamun, Orkestra RTM boleh mengiringi penyanyi dan membawakan muzik berentak pop, balada dan jazz berbanding orkestra simfoni dan filharmonik yang lebih kepada klasikal.\r“OSK pula lebih kepada persembahan teater dan opera namun mengiringi persembahan konsert adalah satu cabaran besar kepada OSK dan IB sendiri bagi menghasilkan alunan muzik yang lebih dinamik.\r“Ramai artis yang nak buat persembahan dengan OSK kerana kita serba boleh kerana kurang mainkan lagu-lagu klasikal, malah mengadakan persembahan dengan Wings baru-baru ini adalah satu langkah berani,” jelasnya.\rIni kerana orkestra selalunya sukar untuk mengiringi kumpulan rock disebabkan muzik rock itu sendiri mempunyai nada yang tinggi dengan alatan muzik yang berbeza.\r“Pendekatan, gaya malah alatan yang digunakan juga berbeza jadi memang sukar untuk mengiringi kumpulan rock kerana alatan muzik mereka terlalu ‘heavy’ jika dibandingkan dengan orkestra.\r“Paling susah dinamik untuk disatukan kerana level atau tahap kita terlalu berbeza dan bunyi muzik rock terlalu besar, dibandingkan dengan orkestra yang terlalu slow dan bunyi yang tidak sekuat muzik rock tetapi kalau penonton berpuas hati dengan persembahan OSK dengan Wings baru-baru ini, tandanya kita berjaya mengadunkan muzik rock dengan orkestra,” katanya. \rKreativiti, disiplin penting\rOSK ditubuhkan pada tahun 1989 dan diletakkan di bawah pengurusan Istana Budaya (IB) pada tahun 1993 yang mempunyai lebih 50 pemuzik terdiri daripada pemain violin I, violin II, biola, cello, flute, oboe, klarinet, bassoon, trumpet, French Horn, tamborin, tuba, percassion Harp dan piano. \rSetiap instrumen mempunyai fungsi tersendiri bagi menghasilkan alunan muzik menarik. Bahkan pemuzik itu juga perlu berada di kedudukan khusus supaya dapat menghasilkan bunyian yang enak didengar.\rOrkestra simfoni dan filharmonik mempunyai pemain violin paling ramai sehingga 30 orang dan ia tunjang utama sesebuah orkestra.\rSetiap kedudukan pemuzik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu String, W. Wind, Brass dan Timpani supaya dapat menghasilkan bunyi yang menarik dalam persembahan.\rPemuzik di bahagian string atau alat muzik bertali terdiri daripada violin I dan II, biola, cello dan double bass; W. Wind (alat muzik tiupan) pula pemuzik flute, obo, klarinet dan bassoon; Brass pula terdiri daripada pemuzik Trumpet, French Horn dan Tambourin manakala Timpani terdiri daripada Percassion seperti bass dram dan side dram disamping alatan muzik tambahan seperti Harp dan Piano.\r“String berada di kedudukan berhadapan dengan konduktor, pengarah muzik atau pengarah artistik, di mana violin I dan II berada di kiri pentas, biola di tengah, cello di kanan dan double bass di belakang cello.\r“Kedudukan Violin I tidak boleh berubah dan perlu berada pada kedudukan paling kiri pentas, manakala Violin II boleh berada di tempat Cello dan Cello pula boleh berada di tempat biola,” jelasnya.\rHanya kedudukan Violin I saja yang tidak boleh diubahkan kedudukannya di dalam orkestra kerana ia adalah tunjang melodi, manakala kedudukan pemuzik lain boleh berubah tetapi tidak boleh berada di dalam kumpulan String atau di hadapan pentas.\rKedudukan W. Wind akan berada di belakang pentas iaitu di belakang kedudukan Viola, manakala Brass akan berada di belakang W. Wind dan kedudukan Timpani boleh berubah sama ada di sebelah kiri dan kanan W. Wind atau di belakang Brass.\r“Pemuzik string bagi filharmonik kena besar sekurang-kurangnya 64 orang, simfoni pula maksimum 50 orang. Ini kerana violin memainkan peranan yang sangat penting dalam orkestra.\r“Violin I perlu ada 12 hingga 16 pemuzik, Violin II daripada 12 hingga 14 orang, biola kena ada lapan orang, Cello 10 hingga 12 orang dan double bass pula lapan orang dan bahagian inilah yang paling penting dalam OSK,” katanya.\rSetiap pemuzik di dalam orkestra perlu mempunyai daya kreativiti dan berdisiplin serta menjiwai alunan muzik yang dimainkan agar dapat menghasilkan sebuah melodi yang indah untuk diperdengarkan kepada penonton.\rMalah, sejak ditubuhkan, OSK banyak mengadakan persembahan di luar negara seperti di Esplanade, Singapura pada 2003 serta Tokyo dan Osaka, Jepun pada 2004 dan kini mempunyai seramai 34 pemuzik profesional sepenuh masa di bawah pimpinan Mustafa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.029616 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list