CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Dengarnya: Majlis santai jadi huru-hara

[Copy link]
Post time 24-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KAWAN sekerja Cik Normah merungut-rungut pasal malam meraikan media atau mini showcase anjuran Universal Music Malaysia. Katanya, dia bukan tidak biasa menghadiri malam media atau press night. Soal makan dan minum tak cukup pun, tak jadi hal baginya.\rCuma yang memeningkan sebab atur cara pada majlis itu nampak macam huru-hara. Di atas kad jemputan, atur cara bermula dengan parti koktel. Kemudian diikuti  pelancaran album kumpulan dari Indonesia, Geisha yang dijangka mengambil masa 30 minit. \r\n\n\n\n\rSeterusnya pada jam 7.30 malam, bermula cabutan bertuah dan pakaian terbaik, manakala 8.30 malam pula persembahan showcase daripada barisan penyanyi di bawah Universal Music. Sekali lagi kalau melihat pada kad jemputan, penyanyi yang bakal buat persembahan ialah 6xth Sense, Ana Raffali, Alleycats, Anuar Zain, Ning Baizura, Meet Uncle Hussain, Man Keedal dan ramai lagi. \r\r\n\n\n\n\nTapi kesudahannya, kebanyakan wakil media berasa macam tertipu kerana majlis ini seperti showcase untuk mempromosikan kumpulan Geisha yang menyanyi sampai lapan lagu. \rSyarikat rakaman ini ada ramai penyanyi. Nak promosikan lagu dan penyanyi baru atau nak meraikan media? Jadi semakin sesak apabila majlis ini turut mengundang orang ramai, kononnya nak meraikan peminat sebagai tanda terima kasih kerana memberi sokongan.\rMendengar rungutan kawan Cik Normah itu, memang fahamlah kenapa dia bengang tak sudah. Cik Normah pun kalau berada di tempatnya memang boleh mendidih darah. Tak salah nak panggil media. Tak salah juga kalau nak meraikan peminat. Tapi biarlah teratur. Janganlah meleret-leret sampai menjadi yang bukan-bukan. \rKalau setakat Geisha, siapa nak peduli. Bukan terkenal sangat pun di Malaysia. Lainlah kalau yang buat showcase itu Rihanna, Beyonce atau Lady Gaga. Tunggu sampai 1 pagi pun, Cik Normah rasa berbaloi. \r\n\n\n\n\rPerkara macam ini membuatkan Cik Normah dan kawan-kawan menjadi semakin berhati-hati dengan setiap undangan daripada syarikat rakaman. Bukanlah mengharapkan layanan istimewa. Cik Normah menghargai setiap undangan, tetapi matlamat dan niat undangan itu membuatkan Cik Normah menjadi waspada supaya tidak sampai seperti buang masa saja kalau menghadirinya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.145686 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list