CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 2

Tidak sengaja

[Copy link]
Post time 24-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Nur Fathia mengaku terpaksa ulangi lakonannya 15 kaliMENYEDARI dirinya akan dihujani persoalan berhubung insiden telefon bimbit melayang ke arah seorang pengarah di lokasi penggambaran baru-baru ini, riak wajah pelakon yang kian meningkat naik namanya, Nur Fathia dilihat tenang apabila berdepan dengan media.\rSeperti berada di dalam kandang pesalah, dia tenang menjawab segala pertanyaan mengenai tindakannya membaling telefon bimbit ke arah pengarah, Along Kamaruddin ketika penggambaran drama Stanza Cinta.\r\n\n\n\n\rAkur dengan kesilapan yang dilakukan, Nur Fathia menolak dakwaan yang menyatakan tindakannya itu ditujukan kepada pengarah kerana menegur lakonannya sehingga babak yang dilakonkan terpaksa dibuat berulang kali.\r\r\n\n\n\n\nBelum pernah berlaku dalam mana-mana produksi filem atau drama pelakon bertindak sedemikian terhadap pengarah, namun Nur Fathia berulang kali memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap kurang matang.\r“Tidak ada apa yang berlaku cuma saya tiba-tiba terlepas dari genggaman. Lagipun masa itu saya baru lepas terima panggilan telefon yang membuatkan saya menjadi semakin tertekan.\r“Ia tidak disengajakan dan saya sudah memohon maaf pada Along. Saya akui masa itu memang tertekan dengan lakonan saya, ditambah dengan panggilan telefon yang saya terima menyebabkan insiden itu berlaku,” katanya.\rMengakui insiden terbabit meninggalkan kesan buat dirinya disamping memberikan tanggapan negatif peminat menunjukkan gambaran awal tentang karektor sebenar gadis berusia 24 tahun ini.\r\n\n\n\n\rMalah, Nur Fathia sedar dirinya gagal mengawal emosi dan tidak berhati-hati ketika berdepan dengan situasi sedemikian sehingga boleh menjejaskan karier seninya. Malahan dia juga menafikan sengaja tidak datang ke lokasi untuk meneruskan penggambaran. \r“Saya sakit kepala sampai migrain. Bukan seminggu, cuma sehari, malah sudah dimaklumkan kepada pengarah,” jelasnya.\rNur Fathia juga dikatakan tidak dapat menerima teguran mengenai lakonannya menyebabkan pelakon yang pernah muncul di dalam drama Nur Kasih ini dianggap besar kepala dan mula naik tocang setelah diberikan watak utama.\rBahkan, sebelum ini dia juga dikatakan tidak pernah ditegur oleh mana-mana pengarah tentang lakonannya menyebabkan dirinya tertekan apabila ditegur Along sehinggakan babak yang dilakonkan terpaksa di ulang sebanyak 15 kali.\r“Saya tahu lakonan saya tak bagus tetapi tidak bermakna saya tak boleh terima teguran,” katanya.\rTerkejut dengan insiden terbabit yang tersebar luas di media, Nur Fathia mengakui dirinya menjadi perhatian walaupun masih baru dan menganggap kesilapannya itu sebagai kayu pengukur buat dirinya memperbaiki diri.\r“Saya akan cuba mengawal emosi saya selepas ini dan tidak membawa masalah peribadi ke lokasi. Memang betul saya kena ulang babak lakonan sampai 15 kali tetapi bukan keseluruhan drama cuma satu dua babak saja. Saya risau insiden ini orang akan ingat saya jahat dan biadap,” katanya.\rDia perlu banyak belajar\rMENGAKUI insiden itu tidak ditujukan kepadanya mahupun krew produksi, Along tetap menganggap kejadian itu tidak disengajakan Nur Fathia serta tidak mempunyai motif dendam pada sesiapa.\r“Dia mengaku tertekan menyebabkan secara tidak sengaja telefon bimbitnya terpelanting tetapi tak kena muka saya, cuma kena lengan saja.\r“Saya terkejut juga tengok telefon itu melantun ke arah dan kena seorang krew. Masalah sudah selesai, jadi tak ada apa yang nak diperbesar-besarkan. Dia pun sudah minta maaf,” katanya.\rMenyedari pelakonnya itu tertekan dengan watak yang dibawa selain babak yang diulang berulang kali, Along menganggap ia satu proses pada pelakon baru seperti Nur Fathia untuk lebih menghayati watak.\rBaginya, pelakon seperti Nur Fathia bukanlah satu masalah kepadanya tetapi memerlukan banyak belajar dalam membawakan watak terutama di dalam drama terbabit yang mempunyai plot penceritaan mendalam.\r“Ini kali pertama dia berlakon dengan produksi di bawah arahan saya. Saya tak ada masalah dengan dia. Cuma dia perlukan orang beri tunjuk ajar sebab sebelum ini tak yang menegur lakonannya,” katanya.\rMengakui drama Stanza Cinta mempunyai jalan cerita yang menarik dan penuh dramatik sedikit memberi tekanan kepada Nur Fathia sebagai teraju utama untuk melakonkan watak Amni Sorfina.\rWatak Amni sangat berat\rMENJIWAI watak gadis sempurna bernama Amni Sorfina memberikan sedikit tekanan dan menguji kesabaran Nur Fathia dalam drama bersiri 13 episod itu memandangkan dirinya tidak seperti watak yang dilakonkan.\rDitampilkan dengan imej gadis bertudung memang sukar dilakukan kerana realitinya dia tidaklah seperti itu.\r“Amni seorang yang alim serta mahukan seorang lelaki yang baik juga. Jadi memang sukar untuk menghayati watak ini, dengan babak yang dramatik serta penuh emosi. Along banyak mengajar saya cara menghayati watak, jadi kalau tanpa dia saya mungkin tak dapat membawakan watak Amni dengan baik seperti yang diinginkan,” katanya.\rDrama ini itu mengisahkan cinta tiga segi antara Amni, Irfan Kamal lakonan Aaron Aziz dan Taufiq (Fizz Fairuz).  Irfan yang tertarik dengan keayuan dan sifat yang dimiliki Amni terpaksa mengubah penampilan diri serta perwatakannya agar dapat mendapat hati Amni.\rNamun, setelah Irfan berubah, Taufiq yang sedia kala memiliki sifat lelaki yang diidamkan Amni muncul dalam hidup gadis terbabit sehingga menyukarkannya untuk membuat keputusan.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2011 12:11 PM | Show all posts
adoiiii...berpinau nak membaca

ni mesti terus copy and paste jer kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 10:28 PM | Show all posts
Reply 1# Jurnalis


kt keyboard kau xd ENTER ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065003 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list