CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Dengarnya...: Bengang dengan artis buang masa

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PETANG Ahad lalu, tatkala Cik Normah sedang bersantai bersama suami tercinta sambil menikmati kuih keria dan secawan teh. Isyarat mesej berkumpulan telefon Cik Normah berbunyi. Cik Normah memang pantang jika telefon berbunyi, cepat-cepat Cik Normah nak tengok apa isi kandungannya. \rIsi kandungan mesej itu memang menarik hati Cik Normah kerana ia mengenai pelakon popular Fasha Sandha dan Iqram Dinzly. Menurut teman Cik Normah, Fasha dan Iqram kembali bertelagah isu yang sama iaitu mengenai kelewatan Iqram tiba di lokasi drama Dewa Cinta di laman twitter masing-masing.\r\n\n\n\n\rCik Normah pun apa lagi, cepat-cepatlah membuka akaun twitter Cik Normah untuk mengetahui sendiri apa yang diperkatakan kedua-dua pelakon itu di laman masing-masing. Rupa-rupanya kedua-dua pelakon yang digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam drama yang semakin diminati itu kembali meluahkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain berikutan kisah berkenaan kembali dimainkan media.\r\r\n\n\n\n\nDaripada cara tulisan Fasha itu, Cik Normah dapat mengagak dia naik hantu dengan kenyataan yang dikeluarkan Iqram kepada media terutama mengenai isu call time. Malahan, malah Fasha siap bertanya semula kepada Pengurus Produksi mereka waktu sepatutnya artis dan kru berkumpul. Daripada jawapan pengurus produksi berkenaan yang dijawab di laman twitter, memang mereka diarahkan berkumpul jam 8. Fasha, yang memang dikenali sebagai artis yang cukup disiplin dengan masa. \rBagaimanapun, Iqram dalam kenyataannya kepada media pula mengatakan sebaliknya.\rKatanya mereka diarahkan berkumpul lewat sedikit, jadi dia pun datang lambat kerana mahu sampai ke lokasi sama dengan waktu kru yang lain sampai. Selepas baca kedua-dua kenyataan itu, Cik Normah jadi keliru siapa betul dan siapa pula yang salah.\rBagaimanapun, Cik Normah puji kedua-dua pelakon ini kerana masih boleh bersikap profesional ketika di set. Baguslah, sikap profesionalisme macam itulah yang kita mahu. Tapi, Cik Normah berharap kalau boleh dibaiki lagi perhubungan itu adalah lebih baik. Janganlah asyik hendak menambah musuh, bukannya apa industri kita ini kecil saja. Nanti wajah itu juga yang akan kita jumpa, kalau sudah bertelagah, bukankah tak seronok perasaan itu dibuatnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.134558 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list