CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Dengarnya...: Hati tak secantik wajahnya

[Copy link]
Post time 29-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LUARANNYA nampak sangat baik, ibarat perempuan Melayu terakhir. Tetapi hakikatnya, aktres wanita ini memiliki hati yang hitam. Memang kalau dia bercakap, mana-mana lelaki pun boleh tangkap leleh. Siapa yang tak meleleh, sudahlah rupanya cantik, bercakap pula lemah lembut. Tapi awas! Jangan tertipu dengan lakonan hebat aktres jelita ini.\rCik Normah sendiri pada mulanya macam tak percaya mendengar kisah yang disampaikan teman Cik Normah berdagu runcing ini. Bagaimanapun Cik Normah tidak pula menidakkan ceritanya sebab Cik Normah sudah lama dalam industri hiburan. \r\n\n\n\nArtis yang depan nampak baik memang ramai, nak mencari yang betul-betul jujur perwatakan mereka ibarat satu dalam seribu.\r\rKisahnya aktres jelita ini menyertai sebuah promosi jelajah yang dianjurkan sebuah syarikat. Kebetulan pada acara itu, musuh ketatnya turut sama menyertainya. Bagaimanapun mereka tidak dipertemukan. Masing-masing terbabit dalam promosi yang berasingan tetapi di lokasi yang sama. Punyalah hitamnya hati si aktres jelita ini, dia meminta penganjur membawanya ke gerai promosi yang terdapat musuhnya itu.\r\n\n\n\n\n\rKononnya niatnya sekadar untuk lalu saja di gerai berkenaan. Kebetulan pula ketika itu, ramailah peminat yang mengerumuni gerai musuhnya kerana musuh si aktres itu juga seorang selebriti. Bagaimanapun, sebaik peminat terlihat kelibat aktres yang lebih popular dari musuhnya itu, tidak semena-mena peminat yang pada mulanya mengerumuni musuh aktres jelita itu berpaling tadah.\rMereka segera meninggalkan selebriti tadi hingga terpinga-pinga dan mengerumuni si aktres jelita, tapi hati busuk itu. Terkejutlah musuh si aktres, tetapi tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada mereka berdua. Nasib baiklah selebriti itu bersikap profesional, walhal dalam kes mereka, siapa sebenarnya yang mengacau hak milik siapa kan? Kalau Cik Normah jadi selebriti itu, sudah lama Cik Normah sagat muka dia. Biar dia sedar diri sikit.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.177882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list