CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Dengarnya...: Mabuk kerana kecewa, mahu hilangkan tekanan

[Copy link]
Post time 30-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AMBOI! Bukan main putih gebu Cik Tipah, kawan baik Cik Normah yang seorang ini. Sedang asyik berbual dengan Cik Tipah mengenai ragam artis kita, terkeluarlah cerita berkaitan seorang penyanyi daripada program realiti TV yang khabarnya jadi kaki botol. \rMemang buruk sangat cerita itu, tetapi itulah yang Cik Normah dengar. Memang Cik Normah nak elak daripada menceritakan keburukan orang. Tapi dalam hal macam ini, anggaplah apa yang Cik Normah tulis ini sebagai teguran. \r\n\n\n\n\rKhabarnya, penyanyi program realiti itu yang sudah menghasilkan beberapa album, minum arak kerana mendakwa terlalu kecewa apabila kedai makan yang diusahakan terpaksa ditutup sebab tiada sambutan. \r\r\n\n\n\n\nPendek akal betul penyanyi ini. Betapa lemah iman dan moralnya. Biasalah adat berniaga. Tidak semua yang memulakan perniagaan boleh menghasilkan pulangan dengan cepat. Untung dan rugi memang risiko orang berniaga. \rKata Cik Tipah lagi, ramai rakannya yang duduk di sekitar rumah penyanyi berkenaan selalu ternampak dia balik dengan keadaan terhuyung-hayang dan tidak terbela. Dulu bukan main sopan dan merendah diri orangnya. Sekejap saja boleh berubah dek tekanan hidup.\rAtau mungkin selepas putus cinta dengan kekasihnya yang juga bekas peserta program realiti, perangainya terus berubah. Hanya tuan empunya badan saja yang boleh fikir apa yang dilakukannya. \rJadi, Kak Normah nasihatkan kepada penyanyi yang tenggelam timbul seperti sabut itu, berubahlah ke jalan yang benar. Janganlah buat sesuatu perkara tanpa berfikir.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061599 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list