CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 1

Masih setia

[Copy link]
Post time 1-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Fizz tetap kekal bersama Almy walaupun berkawan dengan Liyana\rWATAK lelaki alim dan warak amat sinonim dengan Fizz Fairuz sehinggakan karektor itu dapat dilihat pada diri pelakon yang membintangi drama dan filem Nur Kasih ini.\r\n\n\n\n\rNamun, di sebalik kealiman itu terlindung sifat kenakalan sehingga menimbulkan kontroversi tentang hubungannya dengan pelakon kecil molek, Liyana Jasmay yang tersebar di laman Twitter mereka bulan lalu.\r\r\n\n\n\n\nFizz yang dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan pelakon Almy Nadia, dan penyebaran status percintaannya dengan Liyana menimbulkan persoalan.\rSeolah-olah mengerti persoalan yang akan diajukan kepadanya, Fizz menolak dakwaan terbabit dan menganggap itu hanya sekadar gurauan antaranya dengan Liyana.\r“Saya masih dengan Almy dan hubungan kami seperti biasa cuma jarang bertemu. Saya dengan Liyana hanya kawan biasa, tak ada apa yang istimewa kerana saya masih dengan dia (Almy),” katanya.\rMengakui kesibukan mengukuhkan kerjaya seni memisahkan perhubungan mereka, Fizz tidak menganggap ia sebagai penghalang untuk menamatkan perhubungan yang sudah terjalin lebih lima tahun itu.\r\n\n\n\n\rSesibuk mana pun, masing-masing menjadikan telefon bimbit sebagai jaringan perhubungan mereka agar lebih intim biarpun berjauhan.\r“Sudah dua bulan tak jumpa sebab saya sibuk dengan penggambaran drama Stanza Cinta dan sebelum ini saya sibuk dengan filem serta sakit mata hampir sebulan jadi tak boleh jumpa orang, malah dia pun sekarang tengah sibuk. Tetapi kami tetap berhubung tanya khabar sama ada melalui panggilan atau SMS sebab,” jelasnya.\rMeskipun sudah lama bercinta, namun entah kenapa Fizz masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Alasannya, dia mahu lebih dikenali dalam bidang seni.\rPelakon ini juga turut memberi alasan sedang mencari masa sesuai untuk menamatkan hubungan intimnya dengan Almy di jenjang pelamin. \r“Kami memang ada matlamat untuk kahwin tetapi belum masanya lagi sebab masing-masing nak bina kerjaya dalam bidang ini.  Saya tak rasa status berkahwin akan kurang peminat kerana ia bergantung kepada bakat masing-masing. Tengok macam Aaron Aziz walaupun sudah berumah tangga rezekinya tetap mencurah-curah,” katanya.\rMengenai lakonan, Fizz baru-baru ini dipilih untuk memainkan Taufiq yang digambarkan sebagai kuat agama dan mencintai Amni Sorfina lakonan Nur Fathia dalam drama Stanza Cinta.\rMeskipun sinonim dengan perwatakannya, namun Fizz mahu mengembangkan lagi bakatnya dalam membawakan pelbagai watak termasuk watak gangster.\r“Saya rasa sudah cukup watak Islamik. Saya watak lain yang belum pernah saya cuba macam watak gangster. Bukan sebab watak itu tak bagus cuma sudah banyak sangat watak sedemikian jadi biarlah saya kembangkan lagi bakat saya dengan watak lain pula,” katanya.\rWatak Taufiq yang dilakonkannya berbeza daripada watak Aidil dalam drama dan filem Nur Kasih. Berbanding Aidil yang tenang dan lembut, tetapi karektor Taufiq pula lebih tegas dan sedikit kasar.\r“Kalau kita tengok watak Aidil, dia lebih patuh dan ikut cakap emaknya berbanding Taufiq yang lebih mementingkan pendirian diri dan selalu tak bersetuju dengan pendapat emaknya.\r“Orang akan cakap Aidil dan Taufik adalah sama dari segi percakapan cuma yang beza dari segi karektor dan sifat memang lain,” katanya.\rSelepas filem Nur Kasih The Movie, Fizz meneruskan lakonannya di filem dengan membintangi King Kapcai terbitan KRU Studios.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 07:46 PM | Show all posts
alahai retis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047115 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list