CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

Aishwarya dapat anak kembar?

[Copy link]
Post time 2-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Aishwarya dapat anak kembar?Oleh Zul Husni Abdul [email protected]/07/02\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSPEKULASI kehamilan aktres Bollywood, Aishwarya Rai sebenarnya bukan sesuatu yang baru, malah sejak empat tahun lalu ia sering menjadi bahan paparan utama media massa. Bagaimanapun, Aishwarya atau lebih mesra disapa Ash sering mengelak daripada memberikan komen lanjut dan akhirnya segala yang digembar-gemburkan itu berlalu begitu saja.\rSpekulasi pertama mula bertiup pada 2008 apabila isteri kepada Abhishek Bachchan itu dilaporkan mengunjungi wad bersalin di Lilavati Hospital, Mumbai. Kehadirannya mengundang berita utama dada akhbar yang menyatakan Ash sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan anak kesayangan megastar Bollywood, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan itu.\r\n\n\n\n\r    Ketika seluruh dunia menanti jawapan pasti mengenai isu yang dihebohkan itu, Ash cuma mendiamkan diri tanpa sebarang ulasan dan akhirnya cerita itu lenyap begitu saja. Dua hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36, Ash mengeluarkan kenyataan, kehamilan adalah sesuatu yang sulit untuk disembunyikannya. \r\r\n\n\n\n\n     “Apabila saya mengandung, seluruh dunia akan mengetahuinya. Ini adalah satu-satunya berita yang tidak mampu disembunyikan,” katanya tertawa.\rSempat menambah, Ash berkata: “Ketika menjayakan program temubual bersama Oprah Winfrey, saya ada memberitahunya setiap kali orang melihat perut saya buncit, pasti ada membuat andaian saya sedang hamil”.\rNamun tidak semua berita palsu yang bertebaran itu menggembirakan Ash. Dia sekali lagi dihimpit spekulasi apabila dikatakan tidak mampu hamil kerana menderita tibi perut.  Laporan itu membuatkan suaminya, Abhishek Bachchan berang dan mengambil tindakan terhadap media yang menyiarkan berita berkenaan.\rMenepis segala laporan serong itu, Ash dilihat semakin kerap terbang ke luar negara bagi memenuhi jemputan di pelbagai acara antarabangsa.\r\n\n\n\n\rJadualnya juga padat dengan penggambaran iklan, selain pelbagai tawaran membintangi filem. Tahun lalu, beliau melakar pencapaian membanggakan apabila beraksi dalam empat filem yang membentangkan lembaran baru kepada karier lakonannya.\rEndhiran yang menyaksikannya beraksi di samping Rajinikanth mencatat kutipan luar biasa, malah Ash juga diberi penghormatan untuk berlakon di bawah pengarah legenda, Mani Ratnam menerusi Raavan.\rAsh juga diberi peluang mendampingi nama besar Bollywood, Hrithik Roshan dalam filem Guzaarish, selain  Akshay Kumar menerusi Action Replayy. Bagaimanapun, dua filem ini gagal mencatat kutipan lumayan.\rBagaimanapun, sekitar jam 10.15 malam pada 21 Jun lalu, bapa mentuanya yang terlalu gembira menerima berita itu mengesahkan kehamilan Ash menerusi akaun Twitter peribadinya.\rAmitabh menulis: “Saya akan bergelar datuk. Aishwarya sedang hamil. Sangat gembira dan mengujakan”.\rMendirikan rumah tangga pada 20 April 2007, bekas Ratu Dunia 1994 itu media bagaikan tidak memberinya ruang untuk bernafas selesa sejak bergelar isteri. Spekulasi kehamilannya sentiasa bertiup kencang, namun desas-desus itu kembali dihangatkan pada Mei lalu apabila tubuhnya dilihat lebih berisi berbanding sebelum ini.\rTiupan spekulasi itu bertambah hebat ketika Ash membuat kemunculan pada acara Prix de Diane Longines di Hippodrome de Chantilly, Perancis, pertengahan Jun lalu.\rDia yang mengenakan pakaian longgar sering dilihat cuba menutup perut dengan kedua-dua tangannya. Ternyata segala yang diperkatakan ramai itu kini bertukar menjadi kenyataan.\rAsh tidak mampu menyembunyikan berita gembira itu selepas menjalani ujian kehamilan yang dilakukan di Seven Hills Hospital, pinggir Mumbai. Sebaik berita itu diketahui, pasangan ini dibanjiri mesej tahniah daripada teman dan peminat menerusi pelbagai rangkaian media sosial.\rKetika ditanya peminat, adakah sudah melakukan imbasan jantina bayi atau mahu merahsiakannya, Abhishek memberitahu, dia berharap dikurniakan cahaya mata perempuan. Namun, sekali lagi spekulasi bertiup apabila ada media melaporkan pasangan itu akan menerima cahaya mata kembar.\r“Saya cuma mampu berterima kasih atas segala doa. Kami sangat gembira dan berterima kasih atas kasih sayang, sokongan dan restu yang diterima,” kata Ash.\rKetika dunia sedang berbicara mengenai berita gembira itu, media pula saling berbahas mengenai masa depan karier aktres yang meraih kejayaan komersial menerusi filem Tamil, Jeans pada 1998. Mereka mempersoalkan apakah Ash mampu mempertahankan kesempurnaan bentuk tubuhnya yang selama ini mengundang cemburu mata yang memandang?\rMedia berpendapat nilai jenama yang dibawanya mula terjejas apabila berita mengenai kehamilannya tersebar, malah beberapa kontrak mula beralih tangan. Melihat situasi itu, media berpendapat Ash terpaksa berusaha keras untuk mendapatkan semula takhta yang pernah didudukinya selepas bergelar ibu nanti.\rBarangkali kehamilan itu juga memberi ruang kepada Ash untuk memperlahankan aktiviti kariernya yang selama ini sendat dengan jadual penggambaran dan acara berprofil tinggi di peringkat antarabangsa. Lantas, persoalan kembali singgah mengenai dua filem terbarunya yang sedang menjalani penggambaran iaitu Heroine arahan Madhur Bhandarkar dan Ladies and Gentleman garapan Raj Kumar Santoshi.\rApakah kehamilan Ash akan membuatkan penggambaran dua filem itu ditangguhkan atau penerbit terpaksa mencari pelakon ganti untuk disesuaikan dengan tuntutan fizikal watak yang ditawarkan?\r“Ash akan menamatkan penggambaran Heroine. Dia sudah menyempurnakan enam hari penggambaran bersama Madhur dan filem ini tidak dibuat tergesa-gesa. Kami mendapat tahu mengenai peningkatan berat badan Ash. Cuma persoalannya kini apakah Heroine akan disiapkan mengikut jadual atau ditangguhkan sehingga Ash bersalin,” kata satu sumber.\rMereka bagaimanapun yakin, kehamilan Ash tidak akan menjejaskan sepanjang 45 hari penggambaran filem itu berlangsung.\r“Kebanyakan babak penting akan disiapkan dalam masa sebulan setengah dan selepas itu, kami akan menumpukan kepada syot dekat disusuli proses memasukkan suara,” kata sumber itu lagi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046732 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list