|
Gimik kahwin Marsha\rBERITA kononnya Marsha sudah berkahwin menjadi berita paling panas sepanjang minggu lalu. Selepas berdepan beberapa siri episod cinta kecundang di tengah jalan, bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu ‘mengejutkan’ ramai pihak apabila dikatakan berkahwin di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. Sayangnya, kisah itu hanya ‘sandiwara’ dan sebahagian daripada babak dalam muzik video lagu barunya berjudul Bila (lagu tema drama Kum Kum di Astro Ria). Niat Marsha yang pada mulanya hanya sekadar bergurau di laman Twitter akhirnya seperti menjerat diri. Harus diingat, biar apa sekali pun motifnya, soal kahwin, cerai dan mati bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Penyanyi berusia 26 tahun itu bagaimanapun sudah pun membuat permohonan maaf atas perkara terbabit. Marsha sendiri tidak menjangka hal itu menjadi ‘besar’ dan ia menjadi pengajaran terbesar dalam hidupnya. Ironinya, cinta Marsha kini sudah kembali bertaut sayang dengan jejaka bernama Z yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.\r\n\n\n\n\rNur Fathia mohon maaf \r\r\n\n\n\n\nSETERUSNYA, cerita pelakon dan model iklan, Nur Fathia Abd Latiff yang dikatakan mengamuk di lokasi penggambaran drama Stanza Cinta (kini sedang disiarkan di TV3 setiap Ahad jam 9 malam) juga antara yang berita menarik yang menghiasi dada akhbar sepanjang minggu lalu. Fathia dikatakan membaling telefon bimbitnya hingga terkena lengan Along Kamaluddin (pengarah drama terbabit) selepas menerima teguran daripada pengarah drama itu. Kejadian berlaku selepas lakonannya yang tidak menepati kehendak pengarah, terpaksa dibuat berulang kali. Nur Fathia dalam kenyataannya menjelaskan telefon bimbit itu tak mengena pada muka Along, cuma melantun dan terkena lengan pengarah itu. Katanya lagi, sebenarnya dia bukan mengamuk sehingga sanggup membaling telefon, tapi ketika kejadian, dia diserang migrain dan berdepan masalah peribadi hingga berada dalam tekanan menyebabkan dia terbaling telefon. Apa yang dapat disimpulkan pelakon kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang itu mengakui kekhilafan dirinya dan sudah pun memohon maaf.\rKumpulan Sepah juara Maharaja Lawak \rTIDAK disebut sebagai kumpulan pilihan, Sepah akhirnya dinobatkan sebagai juara pertandingan Maharaja Lawak yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Jun lalu. Kumpulan yang dianggotai Mohd Noor Murad, Shahmira Muhammad dan Mohd Nazdri Zainal Abidin ini menewaskan calon kegemaran - Jozan, Nabil dan Jambu. Kemenangan Sepah diputuskan juri tetap rancangan itu iaitu pengarah filem, Mamat Khalid, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek mewakili 50 peratus markah dan selebihnya undian SMS penonton. Kemenangan Sepah itu juga melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM350,000 beserta piala iringan, Jozan yang muncul naib juara meraih RM250,000, sementara tempat ketiga dimenangi Nabil (RM150,000).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|