Post Last Edit by bangcak at 27-2-2012 23:48
ApaItu Stress? Dr.Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telahmendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diriseseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B.Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ iniboleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalamhidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Adatekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai“eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai“distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kitauntuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebihmemberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnyabanyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat merekatertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander GrahamBell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilangpendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkansistem telekomunikasi pada hari ini. (StephenC. Phillips, The Ten Laws Of Success)
ApakahYang Berlaku Ketika Stress? Ketikastress, badankita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yanglain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagaipersiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialahdenyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepamlebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol didalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan);pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yangdiperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secaratabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jikastress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijakuntuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang bolehmenyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita. ApakahTanda-Tanda / Gejala Umum Stress ? Manifestasinyaadalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian : Fizikal :Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasanbahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan,sejuk tangan dan berpeluh. Mental :Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir,celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka. Emosi :Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif,mudah hilang sabar dan panas baran. Perangai :Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makanyang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun,mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif. MasalahKesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress Sakitjantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak(fatty acids) di dalamdarah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dankolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akanmeninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semuaini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantungdan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and HeartDisease) Insomniaatau susah tidur. Stress bolehmenyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satupusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangimasalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977;The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress) Kencingmanis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula didalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkankeadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern CountyPsychiatric Associates; 1998) Gastrikdan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulserjuga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan olehpeningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika iamenyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984;Breakdown in human adaptation to stress) Infeksiatau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaranbahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkansistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untukmenyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System byHannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akanmeningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akanmemudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F.,Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux,R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychologicalstress: Psychosomatic Medicine) Asthma.Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi olehpenyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu,yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnyamenyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health) Disamping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepadabeberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoidathritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerativecolitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing;Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)
Allahberfirman:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157) |