CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Dengarnya: Penerbit serik kongsi idea

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
RASA kelakar ada, kasihan pun ada apabila Cik Normah mendengar cerita perihal seorang produser yang bagaikan sudah serik hendak buka mulut mengenai filem baru yang ingin diterbitkannya kerana idea itu tiba-tiba seperti dicuri pula oleh penerbit lain.\rBiasalah, apalah produser sama produser bertemu, mereka pun bersembang mengenai projek baru masing-masing. Dalam rancak berbual, tentunya terkeluar cerita mengenai perancangan filem baru dan sebagainya. Kata orang, sekadar bertukar-tukar cerita dan manalah tahu, kalau rakan produser lain boleh berikan sedikit suntikan idea untuk mencantikkan lagi filem mereka nanti.\r\n\n\n\n\rTetapi lain pula jadinya apabila idea filem barunya itu bagai diambil oleh produser terbabit. Sedang dia baru saja beriya-iya hendak menghasilkan filem berkenaan, tahu-tahu produser itu tiba-tiba sudah pun siap menghasilkan filem yang lebih kurang sama dengan idea pernah dikongsi dengannya dulu.\r\r\n\n\n\n\nBukan sekali, tetapi beberapa kali juga produser ini terkena. Jadi, dia khabarnya sudah nekad tidak lagi mahu berkongsi cerita dengan penerbit lain jika syarikatnya ada idea menarik mengenai filem baru. Maklumlah, syarikatnya agak terkehadapan dalam idea menghasilkan filem. Ada masanya, memang tidak terjangka oleh peminat.\rJadi, ada juga idea mereka yang dilihat menarik dan berkemungkinan besar mampu menarik penonton ke panggung. Oleh kerana itu, maka produser lain pun mungkin berkenan dengan idea terbabit, lalu mengubahnya sikit-sikit sebelum dijadikan filem mereka sendiri.\rBagaimanapun, produser ini tidaklah boleh berbuat apa-apa sebab ia sekadar idea dan belum dijadikan filem. Sesiapa pun boleh menggunakan idea itu, walaupun sedikit kekecewaan tentulah bersarang dalam jiwanya. \rMaka Cik Normah faham sangatlah apabila si produser yang semakin maju ini dikatakan enggan lagi berkongsi cerita mengenai projek baru bersama penerbit mahupun pengarah lain. Kalau ada idea baru, mereka akan terus shoot supaya ia tidak lagi ditiru sesiapa lagi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048031 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list