|
BEKAS finalis program Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurulllah Zawawi atau Nurul menegaskan dia tidak pernah menukar nama bapa kandungnya semata-mata bagi membolehkan dia bernikah dengan Mohd Munzil Muhammad, 27. \r“Saya tidak pernah cuba menukar nama bapa. Sewaktu saya belajar dulu, saya menggunakan nama kedua-dua bapa saya iaitu Nurullah Abdul Hamid Zawawi. \r\n\n\n\n\r“Malah untuk semua urusan rasmi saya masih menggunakan nama bapa saya yang tercatat dalam kad pengenalan ini,” katanya sambil menunjukkan kad pengenalan dan pasport antarabangsa kepada media sebagai bahan bukti.\r\r\n\n\n\n\nMuncul pada sidang media yang diadakan baru-baru ini, Nurul ditanya adakah dia membelakangkan keluarga sendiri seperti yang diperkatakan ayah, ibu, serta adik-beradik kandungnya dalam rancangan itu? \r“Bukan tidak ada usaha untuk kami menjejaki keluarga kandung tetapi semua usaha itu menemui jalan buntu. Saya bersama suami dan keluarga mentua pernah meminta bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) termasuk menemui Penghulu di kawasan kediaman ahli keluarga saya itu, tapi gagal.\r“Kenapa gagal, biarlah hanya kami saja yang tahu kerana ini semua adalah hal keluarga dan tak perlu untuk diceritakan kepada umum,” kata Nurul yang kelihatan sedikit sugul sepanjang sidang media itu berlangsung.\rKekeliruan mengenai pernikahan Nurul dan Mohd Munzil timbul apabila Nurul mengetepikan bapa kandungnya dikenali sebagai Zawawi sebagai wali. Ini kerana nama Abdul Hamid adalah nama bapa angkatnya. \r\n\n\n\n\rKonflik perkahwinan wanita ini tercetus apabila keluarga kandung Nurul mendakwa penyanyi yang berasal dari Sarawak itu membelakangkan mereka kerana bernikah di Narathiwat, Thailand, 23 April lalu.\rDakwa keluarga kandung Nurul, pasangan itu langsung tidak memaklumkan kepada mereka mengenai pernikahan itu sekali gus melahirkan rasa terkilan terhadap tindakan anak perempuan mereka.\r“Saya tidak tahu dan menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengkaji perkara ini. Bagaimanapun, saya tidak pernah menyimpan sebarang dendam pada mereka dan mungkin selepas ini saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan membawa suami bertemu mereka,” katanya yang mengakui tidak menyangka bahawa perkahwinannya itu akan mengheretnya ke kancah kontroversi.\rSementara itu, suami Nurul, Mohd Munzil, 27, berkata hidupnya sebagai suami isteri mula tidak tenang hanya kerana pelbagai cerita kurang enak mula muncul di internet sehingga mengganggu ketenteraman mereka. \r“Kami mahu menjelaskan kekeliruan yang timbul apabila ramai yang mendakwa pernikahan kami tidak sah kerana menyangkakan Nurul menggunakan nama bapa angkatnya ketika bernikah. Sebenarnya perkara itu tidak pernah berlaku dan kami bernikah mengikut prosedur yang betul,” tegas Munzil.\rHadir sama di sidang media ini ialah ibu angkat Nurul, Napsiah Husaini, dan dua peguam syariah, Mohamad Azlin Mohamad Razali dan Mohammad Fauzi Abdullah.\rMelahirkan rasa terkilan kerana menjadi mangsa fitnah, Munzil ada menyatakan pihaknya sedang meneliti sama ada mahu membawa perkara ini ke mahkamah.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
yg herannya kenapa mesti kat thailand????? |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku heran..
keluarga kandung Nurul yang kononnya guru2 agama.. guru2 Al-Quran..
begitu lantang mengaibkan Nurul dalam Melodi..
baik sgt ke mengaibkan adik sendiri...
ada jgk ye pesyen org skarang mcm ni..
perlu ke masuk melodi hal2 keluarga???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# aL_Fresco
perlu semoga semua org tahu keaiban sesorg..utk dcaci dan di maki...sekian..:cf: |
|
|
|
|
|
|
| |
|