CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

Beralih arah

[Copy link]
Post time 11-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Daripada cinta mendayu, 6ixth Sense muncul dengan irama kerohanianSEBELUM ini, mereka terkenal dengan barisan lagu cinta romantis yang mendayu-dayu, yang banyak menghiasi drama bersiri TV, namun kini kumpulan 6ixth Sense cuba mengalihkan sedikit selera dengan mengetengahkan pembawaan lagu yang lebih segar, yang berunsurkan kemanusiaan, ketuhanan, kedamaian dan kerohanian.\rNamun, akui vokalisnya, Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, yang ditemui pada majlis kerjasama Digimusic dan Sony Ericsson di Kelab Mist baru-baru ini, tidak semestinya kumpulan nasyid saja yang boleh menyampaikan lagu berkonsepkan ketuhanan, malah kumpulan pop seperti mereka juga berkebolehan menyampaikan mesej yang berbentuk nasihat.\r\n\n\n\n\r \"Sebelum ini juga kami ada menghasilkan lagu berkonsepkan kerohanian, seperti lagu Tanpa dan Khatimah Cinta, cuma orang ramai kurang menyedarinya. Kini dengan pembikinan single baru yang berunsurkan sebegitu, mungkin orang ramai lebih memahami.\r\r\n\n\n\n\n \"Single baru yang akan muncul dengan konsep kerohanian ini, khas buat bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sememangnya kami sasarkan lagu ini untuk bulan puasa, khusus bagi pendengar yang tidak jemu mendengar barisan lagu kami sejak dari dulu lagi.\r\"Lagu ciptaan dan lirik nukilan kami sendiri ini dijangka keluar sebelum bulan mulia itu, khas untuk menghiburkan pendengar di samping menyambut kedatangan bulan Syawal yang dinanti-nantikan. Selain itu, saya juga bekerjasama dengan kumpulan nasyid, Raihan, dalam program Pusat Pengumpulan Zakat dan terbabit dalam video muzik mereka berjudul Rintihan Taubat. Selain itu kami turut menyanyikan sebuah lagu yang akan dimuatkan di dalam album kompilasi mereka,” katanya.\rSelain Adi, 6ixth Sense juga dianggotai oleh Muhamad Fairos atau Ayoy, dan Shahrul Effendy (Athan), Mohd Faiz Azizi (Gjie) dan Mohammad Safwan (Wan).\rSementara itu, siapa tidak kenal dengan kumpulan yang popular dengan lagu Tidak Bisa Memilihmu ini, di mana barisan lagunya sering menjadi runut bunyi bagi drama bersiri sekali gus menjadi siulan ramai. \r\n\n\n\n\rLagu mereka bukan saja dapat menarik minat penerbit drama bersiri, malah meraih jumlah lagu yang dimuatkan turun paling tinggi, iaitu sehingga kini ia mencapai hampir 2 juta, secara tidak langsung membuktikan keupayaan lagu mereka menarik pendengar tempatan.\rMenurut rekod syarikat Universal Music, lagu Tanpa dan Cinta Yang Sempurna juga pernah menerima jumlah langganan tertinggi pada 2009. Menerusi nada dering pemanggil, 6ixth Sense meraih jumlah muat turun sehingga 300,000 pelanggan, malah menurut data yang dikeluarkan Universal Music, lagu kumpulan itu berjudul Tanpa dan Tak Bisa Memilihmu mempunyai lebih 400,000 langganan.\rJika dulu kita dapat lihat, artis berlumba-lumba dengan jumlah penjualan album, malah penyanyi menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama mereka, namun sesuai peredaran zaman, penjualan album bukan lagi tempat bergantung harap mahupun penanda aras kepada penerimaan peminat.\rSenario kian berubah, kini dengan adanya teknologi yang semakin canggih dari masa ke masa, peminat lebih gemar memuat turun lagu berbanding membeli album. Melihat kepada kejayaan kumpulan anak muda ini, tidak hairanlah mereka sering dipanggil untuk membuat persembahan pentas. Hampir setiap lagu keluaran mereka, mendapat tempat di hati pendengar.\rKumpulan ini mula bergelar artis rakaman pada 2005, di mana pada mulanya mempertaruhkan single pertama mereka yang pernah dipopularkan oleh artis veteran, J. Mizan pada era 70-an, berjudul Hari Ini dan Semalam.\rSepanjang pembabitan mereka, sudah empat album yang dihasilkan iaitu Hari Ini pada 2006, 6ixth Sense (2007), Cinta Yang Sempurna (2008) dan paling terbaru, +-x/ (2010).\rPada mulanya, hanya dicalonkan ke peringkat akhir pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dalam kategori Artis Duo atau Berkumpulan Popular, tapi pada tahun seterusnya kumpulan ini memenangi anugerah dalam kategori yang sama pada ABPBH 2010, mengalahkan Meet Uncle Hussain, Bunkface, Azlan & The Typewriter dan gandingan Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan serta Altimet.\rMeluaskan empayar, kumpulan ini turut dicalonkan pada anugerah muzik anjuran tiga negara serantau, Malaysia, Singapura dan Indonesia, iaitu Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung pada 15 Julai ini. Kumpulan 6ixth Sense dicalonkan di dalam dua kategori iaitu Lagu Terbaik Serantau (Khatimah Cinta) dan Kumpulan atau Duo Terbaik Serantau.\rManakala, kumpulan yang sedang hangat mempromosikan single terbaru mereka, Cinta Matiku ini juga muncul mendekati peminat secara tidak langsung memeriahkan acara anjuran kerjasama TV9 dan Digi, iaitu Konsert Gig di I-City, Shah Alam pada 9 dan 10 Julai.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.697144 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list