CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Chavez gesa Gaddafi terus lawan

[Copy link]
Post time 16-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemimpin Venezuela suruh  Eropah selesaikan masalah sendiri dulu\rCARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez, semalam  menegaskan pendiriannya menyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan menggesa beliau terus bertahan selain meminta negara Eropah agar mengutamakan masalah dalaman  dan lebih \'menjaga tepi kain\' sendiri.\r\n\n\n\n\r“Gaddafi terus bertahan. Hingga bila kemarahan ini akan berterusan?,” kata Chavez dalam satu mesyuarat dengan menterinya. \r\r\n\n\n\n\nSebahagian daripada majlis mesyuarat itu disiarkan secara langsung rangkaian televisyen milik kerajaan VTV.\r“Libya adalah sebuah negara merdeka yang perlu dibiarkan menghadapi masalahnya sendiri, bukan untuk kepentingan sesuatu empayar. Hidup Libya dan kemerdekaannya,” katanya lagi.\rChavez menuduh pemimpin Perancis, Britain, Itali dan Sepanyol menentang rejim pemerintahan Libya, sedangkan setahun lalu mereka menjalin hubungan perniagaan dengan Gaddafi.\r“Gaddafi sudah tua tetapi masih bertahan. Teruskan perjuangan anda Gaddafi, teruskan perjuangan anda negara Libya,” katanya.\r\n\n\n\n\rPentadbiran Chavez secara lantang mengecam operasi tentera asing di Libya dan cubaan merampas kepentingan minyak negara itu oleh kuasa Barat.\rPada 2004, Chavez menerima Anugerah Antarabangsa Hak Asasi Al-Gaddafi daripada pemimpin Libya itu.\rPemimpin Cuba, Fidel Castro dan Presiden Nicaragua, Daniel Ortega juga pernah menerima anugerah berkenaan.\rKelmarin, pemberontak Libya berundur selepas menyerang pintu masuk ke Tripoli dan kembali ke Brega, ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menafikan dakwaan pihaknya sudah membunuh lebih 1,100 orang awam. \rDi ISTANBUL, negara Barat dan Arab mula berunding di Turki bagi mencari penyelesaikan politik di Libya yang akan dapat memujuk Gaddafi menyerah kuasa bagi menamatkan konflik yang mungkin berlanjutan.\rKumpulan negara hubungan Libya ditubuhkan Mac lalu selepas ada laporan menyatakan Gaddafi mungkin bersedia menyerah kuasa selepas 41 tahun memerintah, jika satu perjanjian ditandatangani.\rMenteri Luar Turki,  Ahmet Davutoglu berharap satu penyelesaian politik konflik dapat dicapai sebelum bulan Ramadan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043703 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list