CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 1

Kurang seram

[Copy link]
Post time 20-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Filem arahan Azahari Zain tampil ramai muka baru\rJIKA dilihat dari segi tajuk dan sedutan filem Flat 3A, ia berjaya menerbitkan rasa seram dan ketakutan kepada penonton. Namun hakikatnya, filem terbabit tidak seperti yang digambarkan.\r\n\n\n\n\r  Ketakutan yang ditimbulkan dalam filem ke-51 terbitan MIG Production ini dilihat kurang mengesankan terhadap penonton. Elemen seram lebih terasa hasil kesan bunyinya saja, manakala jalan ceritanya dilihat sedikit longgar.\r\r\n\n\n\n\n  Pelakon barunya juga kurang menyerlah, terutama pelakon utama, Adey Syafrien yang tampak sedikit kaku ketika beraksi di depan kamera dan kelihatan terlalu berhati-hati.\rBegitupun, walau kelemahan dan kekurangan dapat dikesan pada jalan ceritanya, usaha si pengarah, Azahari Zain, menampilkan barisan pelakon baru dalam dalam filem seram ketiganya selepas Mantra dan Santau, seharusnya dipuji. Paling tidak, mereka diberikan pendedahan sebelum tampil sebagai bakat pelapis kepada pelakon sedia ada ketika ini.\rBerbanding beberapa muka baru, kelebihan menjadi milik Intan Ladyana yang berjaya menonjol sedikit sebanyak lakonan meyakinkan, seterusnya membantu pelakon baru terbabit untuk berusaha menjayakan watak dengan lebih berkesan.\rApapun, filem ini berkisar mengenai Fiqah lakonan Intan, seorang gadis kilang yang mengandungkan anak teman lelakinya, Anas (Adey Syafrien). Lelaki terbabit seorang yang tamak sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam bagi membunuh bapanya sendiri.\r\n\n\n\n\rAnas yang bersekongkol dengan dukun Kang Suman (Zaidi Omar) bagi membolot harta bapanya itu kemudian bertindak membunuh dukun terbabit.\rKes kehilangan seorang kanak-kanak bernama Fatin (Syazana Firas) ada kaitan dengan ilmu hitam Kang Suman bagi memenuhi impian Anas.\rAkibatnya roh Fatin yang menghantui flat terbabit membongkar penemuan mayat kanak-kanak itu yang ditanam di dalam rumah Kang Suman.\rTidak berpuas hati dengan sikap rakus Anas, anak Kang Suman, Ratna (Shasha Zurazie) yang juga rakan serumah Fiqah menyeru roh bapanya sendiri bagi membalas kejahatan yang dilakukan Anas.\rFilem yang membabitkan kos RM1.7 juta itu turut dibantu oleh Ery Zukhairi, Khaty Azian, Majidah, Zila Bakarin dan Syima Anuar, dan menjengah ke pawagam bermula 14 Julai lalu.\rBagi Azahari, filem terbabit mempunyai kelainannya tersendiri di mana dia cuba memaparkan kejadian yang berlaku di dalam kelompok masyarakat kini.\r\"Mantera dan ayat Al-Quran yang digunakan itu adalah benar dan apa yang dibacakan itu mendapat kelulusan daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Mantera yang digunakan juga adalah yang sebenar. Ia diambil dari negara seberang, tetapi kita cuma baca separuh saja. Setiap penggunaan mantera itu ada penawarnya dan ia diperakui keberkesanannya,\" katanya.\rMeskipun penggambaran filem terbabit dijalankan di sebuah flat di Kampung Medan, Petaling Jaya, namun kesukarannya tetap dirasai kerana dilakukan di sebuah rumah kosong yang ditinggalkan sekian lama.\rMalah, penggunaan lintah dalam babak yang dipaparkan juga dikatakan ada kaitan dengan ilmu hitam, bagi memberikan gambaran yang lebih tepat.\r\"Menghasilkan cerita seram sentiasa menjadi cabaran besar bagi saya kerana saya takut pada bayang-bayang, tetapi saya berpuas hati dengan hasilnya,\" jelasnya.\rLakukan sendiri babak aksi\rENAM bulan terbabit dalam bidang lakonan, dengan tiga filem menyaksikannya diberikan peranan pembantu, Flat 3A muncul judul pertama buat Adey Syafrien memegang watak utama.\rNamanya sebelum ini turut menghiasi beberapa drama tempatan seperti Siti Kelembai, Kasih Aleeya, Ana Lu\'Lu dan terbaru, Impian Raya Emelyn.\r\"Alhamdulillah, peluang saya dalam bidang lakonan semakin terbuka luas. Sehingga kini sudah lapan drama saya bintangi dan kebanyakannya bersama produksi kak Sheila Rusly.\r\"Saya suka watak lasak seperti aksi bergaduh sebab saya ada kemahiran seni mempertahankan diri, sebab itu aksi gaduh dalam filem ini adalah aksi saya sendiri,\" kata Adey, 23.\rMalah, aksinya yang ditolak dari tingkat lima dalam filem ini juga ialah lakonannya sendiri, namun kecederaan yang pernah dihadapinya sebelum ini mengehadkan aksinya itu.\r\"Saya boleh buat aksi lasak dan lebih mencabar, tetapi benda yang paling saya takut ialah apabila berdepan dengan lintah. Saya memang fobia dengan lintah,\" akuinya jujur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 05:12 PM | Show all posts
sengal lg laaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.628310 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list