CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

RM5 juta untuk kartunis

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dr Rais harap stesen TV beri peluang lebih luas untuk program animasi tempatan\rPEMBERIAN dana berjumlah RM5 juta kepada kumpulan pelukis kartun yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Selasa lalu disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh daripada lebih 50 kartunis yang hadir pada majlis makan tengahari bersama Konsortium CAW (Cartoonist At Work).\r\n\n\n\n\rPemberian dana berkenaan disambut positif kartunis yang terbabit kerana disifatkan mereka dapat melicinkan lagi usaha untuk menggemilangkan kembali nama pelukis komik yang kian dilupakan.\r\r\n\n\n\n\n“Dana RM 5 juta itu penting demi masa depan karya lukisan kartun. Produk kartun juga berpotensi untuk dijadikan produk yang boleh dinilai masyarakat dan ia tidak seharusnya berakhir pada kertas saja. \r“Sebaliknya lukisan kartun juga boleh dikembangkan menjadi sebuah animasi sama ada dalam bentuk episod mahupun filem. Saya berharap melalui pemberian dana ini, kartunis ini akan menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan lukisan yang boleh diketengahkan menjadi animasi. \r“Apabila rancangan ini berjaya dilaksanakan kelak, kita akan berbincang dengan RTM dan Bernama supaya memberi peluang kepada Konsortium CAW untuk mendapatkan slot tayangan di stesen mereka,” kata Dr Rais ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis itu.\rMenurutnya, selain RTM dan Bernama TV, animasi yang dihasilkan menerusi CAW mungkin boleh dijual kepada stesen lain atau dijadikan program bersendikit untuk dijual ke luar negara. \r\n\n\n\n\r“Selagi tidak mencuba, kita tidak tahu bagaimana hasilnya seperti animasi Upin dan Ipin. Satu ketika dulu, animasi berkenaan tidak dikenali malah susah untuk dijual tetapi lihat saja sekarang,  animasi itu menjadi sangat masyhur,” katanya.\rTurut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli dan Penaung Konsortium CAW, Datuk Sohaimi Shahadan.\rPeluang bergelar usahawan\rKonsortium CAW ditubuhkan 10 tahun lalu sebagai syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kartunis yang terbabit di dalam penghasilan album untuk kumpulan GG Group, kumpulan Lalaq dan kartunis Taugeh dengan membawa mereka membuat persembahan pentas, aktiviti bersama kartunis, bengkel kartun, pameran kartun dan sebagainya.\rKini terdapat 10 syarikat milik penuh kartus tanah air yang berpengalaman selama 10 hingga 20 tahun bernaung di bawah konsortium berkenaan untuk mengeluarkan produk kartun dan animasi bagi bersaing dengan syarikat sedia ada.\rSohaimi berkata, sebelum ini kerajaan memang menyediakan dana untuk industri animasi. Walau bagaimanapun, dana berkenaan terlebih dulu diambil oleh syarikat produksi yang bukan berlatar belakang pelukis kartun. \r“Sebelum ini, memang kerajaan menyediakan dana untuk industri animasi. Bagaimanapun, kebanyakan dana berkenaan sudah terlebih dulu direbut oleh syarikat penerbitan yang bukan terdiri daripada golongan kartunis ini. \r“Memang kartunis ini mempunyai hasrat untuk menghasilkan animasi, tetapi mereka tidak mempunyai ‘otak keusahawanan’, jadi mereka melepaskan peluang berkenaan.\r“Dana yang baru diwujudkan ini nampaknya dapatlah menjadi titik tolak kepada golongan kartunis khususnya yang terdiri daripada anggota CAW untuk memulakan langkah mereka di dalam penghasilan animasi,” katanya.\rSementara itu, Azhan Arshad atau nama penanya Aan Budak Baik yang kini bertugas sebagai Editor komik G3 berkata, pemberian dana sebanyak RM5 juta itu dilihat sebagai satu anjakan paradigma kepada golongan kartunis.\rKatanya, sebelum ini mereka mendapat pelbagai tawaran mewah tetapi disebabkan tiadanya pengetahuan perniagaan, tawaran yang datang itu ditolak mereka.\r“Kami tidak pandai bisnes, jadi macam mana nak hasilkan animasi pendek ataupun filem menggunakan kemahiran yang kami ada. Dengan wujudnya dana ini, dapatlah kami menggunakan khidmat bimbingan dari saluran betul lebih-lebih lagi dengan adanya CAW ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049354 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list