|
Kesan daripada Nur Kasih The Movie\rWAJAH jelita yang ada pada gadis berusia 21 tahun ini disusuli bakat serta kesungguhan yang ada, menjadi tiket baginya untuk meredah industri seni dengan penuh bergaya.\r\n\n\n\n\rSara Ali, mungkin nama yang agak asing bagi dunia seni hari ini, namun gadis bermata galak yang sudah membintangi enam filem sepanjang tahun itu berkata, setiap peluang yang diperolehi bukan kerana populariti.\r\r\n\n\n\n\nSebaliknya, dia percaya ia dipengaruhi oleh bakat dan kebolehan yang dimilikinya. Ironinya, tanpa nama yang cukup kukuh di persada seni, muka baru sepertinya sudah disanjung dan dipuja pengarah drama dan filem yang mengesan bakatnya.\rBiarpun memang masih baru dalam laluan seni, Sara sebenarnya sudah membintangi filem seperti Sesuatu Yang Tertinggal, Penunggu Istana, Klip 3GP, Nur Kasih The Movie, Jangan Pandang-Pandang serta Songlap. \rFilem Penunggu Istana sudah ditayangkan, begitu juga dengan Nur Kasih The Movie. Namun, dalam Nur Kasih The Movie yang menjadikan penampilannya mula menjadi sebutan dan tanda tanya mengenai dirinya di kalangan penonton. \rDalam filem itu, dia memegang watak sebagai gadis yang sering dilanda resah kerana sering diekori oleh teman lelakinya. \r\n\n\n\n\r“Watak yang dilakonkan saya dalam enam filem itu bukanlah watak kecil apabila empat daripadanya adalah watak utama dan selebihnya adalah watak sokongan. \rBagi filem Songlap saya melakonkan watak di sisi Shaheizy Sam dan Syafie Naswip,\" katanya ramah menghulur kata.\rSara yang tidak pernah lokek berbicara ini, berkata kebanyakan pengarah dan penerbit yang menawarkan peluang lakonan kepadanya memberitahu tarikan matanya yang galak dilihat bersesuaian untuk menjayakan watak dalam filem yang dilakonkannya itu.\r\"Sejujurnya, saya tidak sangka peluang berlakon akan datang silih-berganti. Secara logik, saya masih terlalu baru dan tidak dikenali pun tetapi pihak penerbit dan pengarah berani mempertaruhkan saya dalam filem itu,” katanya tersenyum.\rTambah Sara, pada awalnya, dia sekadar ingin mencuba nasib apabila menghadiri sesi uji bakat filem Sesuatu Yang Tertinggal pada Mac tahun ini.\rTerpaksa tampar Farid Kamil \rMENYANGKAKAN pembabitan dalam filem seram itu adalah yang pertama dan terakhir buatnya, dia bagaimanapun terkejut apabila satu persatu peluang menyusul selepas itu ekoran bakat dan tarikan matanya.\r\"Pada awalnya, saya sekadar mencuba nasib ketika menghadiri ujibakat filem Sesuatu Yang Tertinggal arahan Asrulhisyam Ahmad. Memang pada saya tidak percaya dan tidak hadir pada hari uji bakat yang dijalankan sehinggalah pihak produksi menghubungi saya lagi dan memberitahu uji bakat di jalankan di Sri Pentas dan barulah saya percaya dan hadir,” katanya yang meminjam nama datuknya, Ali sebagai nama komersial di arena seni.\rMemegang nama sebenar sebagai Sara Hairi, gadis berperwatakan lincah ini memberitahu, dia langsung tidak terfikir untuk berada di landasan sebelum ini dan keluarganya juga tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni namun seruan seni mula memanggil namanya sebaik menamatkan pengajian.\r“Sebelum ini saya suka menonton drama seorang dan mungkin dari situ terbitnya rasa ingin berlakon. Lagipun niat asal saya hanya mahu menambah duit poket selepas tamat bergelar pelajar,” katanya manja.\rMenurutnya lagi, dia mahu terus fokus dalam bidang lakonan walaupun hakikatnya dia dilahirkan oleh Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan seni bina.\r“Semua filem saya akan ditayangkan tahun depan,” kata anak sulung daripada dua beradik ini yang mendapat sokongan keluarga ini.\rDia yang ditemui pada Majlis Pra Tonton Drama Wasiat dan Hantu Motel, baru-baru ini juga sempat mengulas kehadirannya dalam drama bersiri Wasiat arahan Faisal Ishak yang menggandingkan dia dan Farid Kamil.\r“Mula-mula saya berlakon dengan Farid, masing-masing cuba mengawal perangai sehinggalah membuatkan kami akrab dan seperti keluarga dalam produksi,” katanya.\rBeto Kusyairi yang turut berlakon dalam drama Wasiat adalah rakan amat selesa untuk didekati selain tidak menafikan keseluruhan kru yang memberikan kerjasama yang terbaik.\r“Dalam drama ini saya perlu menampar Farid dan ia menggunakan teknik kamera dan saya perlu menghayati watak supaya ia menjadi. Selain itu, kena menunggu kuda.\rSaya tidak pernah menunggang kuda dan ini kali pertama dan satu pengalaman yang baik,” katanya sambil menyatakan penggambaran drama itu kebanyakannya dilakukan di sekitar Kuang, Selangor. \rKatanya, personaliti diri yang agak kasar memberikan dia satu cabaran sebagai pelakon untuk membawa watak gadis yang lembut namun berjaya ditangani sebaik mungkin.\r“Saya berharap drama ini akan diminati dan mendapat hati di jiwa peminat drama tempatan,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|