CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4029|Reply: 8

Makhluk ganjil ditangkap di China..

[Copy link]
Post time 23-7-2011 10:34 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING - Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.


Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2011 12:08 PM | Show all posts
rase2 binatang eksotik yg terlepas ni. mau nye tuan die nak mengaku die punye.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 12:16 PM | Show all posts






spesis yg related to primate....






Plains slender loris aka (Loris tardigradus nycticeboides)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 01:49 PM | Show all posts
pic #1 tu, badan natang ni mcm ada kurap jer... kepala botak pun sebab kurap..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 02:08 PM | Show all posts
panjang tangan dia..klu berevolusi jutaan tahun lagi mesti jadi spesis seperti kelawar yg comel ...insyAllah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 06:07 PM | Show all posts
sian nyer xcukup makan!...kurus dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2011 06:40 PM | Show all posts
ooooo.....ingt pelik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 01:00 AM | Show all posts
mungkin ada local peoples yang travelling ke SEA... seludup binatang ni ke china... lepas tu, binatang ni terlepas kat hutan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 06:22 PM | Show all posts
yup ....binatang ni memang ada kat malaysia hutan hujan khatulistiwa...ni kena seludup ler ni terseksa binatang tu kesian..kesian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.168242 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list