CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Merajuk bukan isu

[Copy link]
Post time 25-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PFM tarik diri dari GAFIM kerana tidak perlukan pihak lain jadi perantara merekaBUKAN merajuk dan kecewa tetapi keputusan Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) keluar daripada Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) kerana mereka kurang yakin dengan kedudukan pengurusan gabungan itu sendiri yang dilihat sebagai kurang stabil. \rBagi PFM, soal ahli persatuan ini tidak dipilih menganggotai mana-mana jawatan dalam GAFIM adalah isu yang sangat kecil. \r\n\n\n\n\rBahkan tindakan keluar daripada GAFIM juga tidak ada kena mengena dengan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24).\r \r\n\n\n\n\nSetiausaha Kehormat PFM, Norman Abdul Halim ketika dihubungi Hip menjelaskan, antara aspek yang tidak disenangi dalam GAFIM ialah kedudukan kewangan yang tidak diuruskan dengan baik selain perubahan laporan minit mesyuarat yang boleh bertukar sesuka hati.\rPFM menjadi anggota gabungan dalam GAFIM selama lima tahun dan persatuan itu bertindak keluar apabila dalam mesyuarat agung gabungan itu baru-baru ini, Jurey Latiff Rosley daripada Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dipilih sebagai Presiden menggantikan Ahmad Puad Onah. Ahmad Puad yang mewakili PFM pernah menjadi Presiden GAFIM selama dua penggal. \rKeputusan keluar daripada GAFIM dicapai secara sebulat suara oleh ahli PFM tiga hari sebelum mesyuarat agung GAFIM berlangsung iaitu pada 17 Julai yang lalu.\r“PFM tidak ada jawatan dalam GAFIM adalah isu paling kecil. Keputusan PFM menarik diri juga tiada kena mengena dengan FFM24, tetapi ia dibuat kerana kami melihat masalah pentadbiran yang wujud dalam gabungan itu.\r\n\n\n\n\r“Kewangan GAFIM tidak diuruskan dengan baik. Kami juga dapati apa yang sudah dipersetujui dalam mesyuarat boleh ditukar  sewenang-wenangnya dalam laporan minit mesyuarat. Menyedari kepincangan ini, kami berasakan menarik diri adalah jalan terbaik,” katanya. \rNorman juga menegaskan, PFM bukan angkuh dengan tindakan itu tetapi sebagai penyumbang terbesar dalam industri perfileman, persatuan ini sewajarnya diberi keutamaan memimpin GAFIM.\r“Kami (PFM) adalah majikan. Kami mengeluarkan bajet besar menghasilkan filem dan menyediakan pekerjaan kepada pengarah, pelakon, penulis skrip, krew dan mereka yang terbabit dalam aliran ini.\r“Apabila bukan penerbit filem memegang jawatan penting itu, bererti dia menjadi seperti orang tengah untuk kami. PFM tidak memerlukan orang tengah, lebih-lebih lagi yang tidak terbabit dalam penerbitan filem,” katanya.\rBerikutan tindakan PFM itu, anggota gabungan GAFIM sekarang ialah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR).\rTurut menganggotai GAFIM ialah PTVM, Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (PAPITA), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (MIEWA), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (IRIM).\rNorman menambah, apabila bukan ahli PFM memegang jawatan penting dalam GAFIM, ia tentunya mengundang kesukaran untuk menjaga kepentingan persatuan lain, terutama sekali dalam perbincangan berkaitan dengan Skim Wajib Tayang, MDeC dan hal berkaitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) kerana Presidennya bukan dari orang filem.\r“Penerbit filem berdepan dengan isu yang berbeza daripada penerbit drama televisyen. Jadi mereka pastinya tidak memahami masalah yang kami hadapi. PFM tidak memerlukan perantara atau orang tengah untuk menjadi penyalur maklumat kami kepada pihak yang disebutkan. \r“Kami perlu berhubung sendiri secara terus dengan pihak di Skim Wajib Tayang atau dengan MDeC dan FINAS. Mereka yang tidak terbabit dengan filem tidak tahu apa keperluan yang kami mahukan. \r“Berdasarkan persetujuan yang pernah dicapai sebelum ini, PFM tidak boleh berada di bawah pemimpin lain. Jadi selepas perbincangan dibuat dengan ahli PFM, kami merasakan menarik diri adalah jalan penyelesaian terbaik,” jelas Norman lagi.\rWalaupun menarik diri daripada GAFIM, Norman berkata, ia tidak bererti PFM mahu sabotaj FFM24 yang akan diadakan akhir tahun ini. \r“Kami berharap mereka tidak meletak logo PFM. Bagaimanapun, kami akan tetap memberikan sokongan sewajar nya,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.049626 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list