CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Agenda Idham

[Copy link]
Post time 26-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Menjadikan industri perfileman jadi lebih agresif kalau dipilih terajui FINASPENGARAH dan produser filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap desas-desus namanya bersama sekurang-kurangnya dua lagi calon pilihan disebut-sebut sebagai bakal Ketua Pengarah baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), menggantikan Ahmad Muhyidin Mustakim sebagai spekulasi semata-mata.\rDia sendiri memaklumkan kepada Hip, sehingga minggu lalu, belum ada hitam putih mengenai perkara itu, justeru enggan berbicara lebih lanjut mengenai namanya yang turut diperkatakan sebagai calon pilihan bagi mengisi jawatan paling penting dalam perbadanan berkenaan.\r\n\n\n\n\rSelain dirinya, nama turut disebut-sebut ialah pensyarah filem dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Megat Al-Imran Yassin. \r\r\n\n\n\n\nKetika ini, jawatan terbabit dipangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FINAS, Fatimah Ahmad.\r\"Bagaimanapun, saya berharap, akan ada sesuatu pengumuman berhubung perkara ini pada minggu depan (minggu ini),\" katanya ketika ditemui pada lokasi penggambaran filem arahan terbarunya, Gerimis Mengundang, kerjasama antara Excellent Pictures dan E-rama Creative.\rMenurutnya, jawatan berkenaan bukanlah pekerjaan yang boleh dipohon, namun jika Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berasakan dirinya calon paling layak menduduki kerusi itu, dia pastinya akan duduk berbincang bersama pihak terbabit.\r\"Andainya jawatan itu benar-benar membolehkan kita melakukan sesuatu yang berguna kepada industri perfileman, maka tentunya saya akan menerima dan melaksanakan tanggungjawab berkenaan. Ketika yang sama, mereka juga perlu menyedari segala pengorbanan yang saya terpaksa lakukan untuk menjawat jawatan itu. \r\n\n\n\n\r“Saya perlu melepaskan banyak perkara sekiranya saya memegang tampuk FINAS. Jadi biarlah ia pengorbanan yang berbaloi. Jika saya menerima jawatan terbabit, ia juga bukannya kerana saya gilakan kuasa. Sebaliknya kita tanya diri kita sendiri, apakah FINAS sudah menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya selama ini? \r“Jika mereka memilih saya dan saya menduduki kerusi itu, tentulah saya mempunyai agenda yang dirasakan boleh menggerakkan industri ke arah yang lebih baik lagi,\" katanya.\rMengaku belum duduk berbincang secara rasmi bersama pihak kementerian, Idham bagaimanapun tidak menolak andaian dia sebenarnya ada mengadakan pertemuan secara santai dengan pihak berkenaan.\rDitanya andainya dirinya bukanlah calon yang menjadi pilihan, Idham berkata: \"Sesiapa saja yang bakal memegang jawatan Ketua Pengarah FINAS, haruslah layak untuk menggalas tugas berat itu dan tahu selok-belok mengenai industri. Dia kena buat kerjalah.\"\rIdham turut menegaskan, dia begitu sensitif apabila berbicara soal industri perfileman kerana dia sendiri pernah melihat bagaimana ketika industri itu mula-mula hendak membangun kembali dan bagaimana ketika filem Melayu atau filem tempatan kini mula diterima peminat.\rBegitupun kerisauan tetap melanda di hatinya. \rIdham bimbang, jika lambakan filem terus berlaku dan sesiapa saja berupaya mendapat insentif daripada FINAS tanpa mengira kriteria tertentu, industri ini hanya mampu bertahan untuk tempoh dua atau tiga tahun saja lagi.\rTegas Idham, pemantauan oleh perbadanan itu ketika ini boleh dianggap kurang berkesan apabila semua pihak layak menerima insentif dan wajib tayang. Tidak kira filem bagaimana sekalipun, semuanya diberikan bantuan. Akibatnya, lambakan filem kini mula berlaku.\r\"Saya sudah mengarahkan 25 filem dan saya nampak dengan mata sendiri saat filem kita tidak laku dan kemudiannya mula laris di pasaran. Saya tidak mahu industri kita ranap sebagaimana pernah berlaku kepada industri perfileman Indonesia dulu. \r\"Kini kita boleh dikatakan sudah berada di puncak semula, di tanah air sendiri. Jadi, mungkin tiba masanya kita mencari sesuatu pasaran yang baru,\" ujarnya.\r50 panggung Indonesia sedia tayang\rMenurut Idham lagi, secara sendirian pun dia mula meneroka pasaran baru, dengan caranya sendiri, menerusi projek Gerimis Mengundang.\rFilem yang menggandingkan Kamal Adli dan Olivia Lubis Jensen dikatakan sudah mendapat perhatian pengedar filem di Indonesia, di mana ketika ini kira-kira 50 pawagam di republik itu berkemungkinan berminat menayangkannya.\rKatanya, jika filem terbabit mendapat kembali modal pusingan ketika tayangannya di Malaysia, maka setiap sen yang diperoleh di Indonesia tentu sekali dilihat sebagai bonus.\r\"Usaha memasarkan filem kita ke luar negara ialah usaha yang perlu dilakukan secara berterusan. Kita tidak boleh bersikap mudah berputus asal dalam soal ini. Bayangkan kesannya kepada industri kita andainya produser lain pun turut ikut serta dalam usaha terbabit?\r\"Sekarang saya bergerak sendirian, dan Indonesia sudah mula hendak menerima filem kita. Kalau kita dapat menembusi pasaran mereka, ia tentunya mengembangkan lagi industri. \r“Indonesia mampu muncul pasaran kedua yang baik buat filem negara ini,\" katanya bersemangat.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.132175 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list