CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Luaran saja sempurna

[Copy link]
Post time 26-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Terlalu banyak lampu merahZAHIRNYA dia nampak sempurna pada pandangan khalayak. Cantik, glamor, memiliki kerjaya hebat serta mempunyai teman lelaki yang kacak dan penyayang membuatkan ramai yang menyifatkan kehidupan model dan pelakon jelita, Nasha Aziz sebagai seorang wanita sudah lengkap segala-galanya. \rMalah, ada yang menyimpan angan-angan untuk menjadi seperti wanita tinggi lampai ini disebabkan aura serta pesona yang ada pada dirinya.\r\n\n\n\n\rNamun apa yang tersurat, takkan sama dengan apa yang tersirat. Dari mata kasar, memang tidak ada apa yang kurang dalam hidup wanita ini. Tapi, gelora di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Mendasari jauh ke dalam lubuk sanubari Nasha, ternyata masih ada ruang kosong yang harus diisi.\r\r\n\n\n\n\n“Kalau ditanya apakah saya bahagia dengan kehidupan sekarang, jawapannya, ya! Saya bahagia, dari aspek fizikal dan jasmani. Alhamdulillah, saya ada kerjaya, dikurniakan kesihatan yang baik, mempunyai teman untuk berkongsi kejayaan saya. \r“Cuma dari sudut rohani, ia masih belum lengkap sepenuhnya. Tak ada yang dapat berkongsi sewaktu jiwa dirundung duka.\r“Malah saya masih tertanya-tanya, adakah ada insan di dunia yang nyata ini, yang boleh berkongsi emosi dan mampu menjadi pendengar setiap duka dan lara yang saya alami. Susah sangatkah seseorang untuk membezakan antara simpati dan empati? \r“Apa yang saya mahukan adalah simpati iaitu menyokong perasaan, mahu mengambil tahu dan berkongsi rasa dan bukannya empati yang menuntut penyelesaian dan tindakan,” kata Nasha penuh makna.\rLuahan itu dilontarkan Nasha ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Supermak di Putrajaya baru-baru ini. Drama bersiri arahan Prem Anand Pillai itu menampilkannya sebagai pelakon utama yang memegang watak sebagai suri rumah bernama Amy Salim.\rSesekali berbicara dengan wanita ini, banyak perkara yang mahu dicungkil terutama yang berkaitan dengan kisah peribadi. Tentunya ramai yang ingin tahu, selepas tiga tahun menjalinkan hubungan dengan promoter konsert dan juga pengurus acara bernama Nur Iman Tang Abdullah, bilakah pasangan ini mahu menoktahkan hubungan mereka itu dengan ikatan perkahwinan.\r“Setiap mereka yang bercinta, memang ada niat ke arah itu. Apa yang boleh saya katakan, dalam hidup ini terlalu banyak warna dan dalam hubungan kami, terlalu banyak lampu merah yang perlu dilepasi berbanding lampu hijau,” jawab Nasha tanpa menjelaskan lebih lanjut apakah bentuk halangan itu.\rBagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 ini, menegaskan walaupun ada halangan yang berlaku, namun hubungannya dengan jejaka itu masih berjalan seperti biasa. \rSambut Ramadan di lokasi\rSEJAK lima tahun lalu iaitu setiap kali Ramadan menampakkan sinarnya, Nasha tidak pernah melepaskan peluang untuk merebut peluang keemasan itu untuk menunaikan tarawih di seberapa banyak masjid di sekitar Lembah Klang. Itulah rutinnya setiap kali dalam bulan puasa.\rNamun untuk tahun ini, nampaknya rutin itu terpaksa dikurangkan sedikit kerana terbabit dalam penggambaran drama bersiri Supermak terbitan Filmscape Sdn Bhd.\r“Sebagai sebuah drama yang banyak menggunakan teknik Imej Janaan Berkomputer (CGI), proses untuk menyiapkannya terpaksa mengambil masa yang  lama.\r“Bagaimanapun, saya ada juga meminta kebenaran daripada pihak produksi untuk memberikan kelonggaran supaya saya dapat melakukan rutin itu. Terpulanglah pada mereka bagaimana keputusannya nanti,” katanya.\rSelain Nasha, drama itu turut dibarisi pelakon lain seperti Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal AF, Henzy Andalas, Nelly dan Haider Harris.\rDalam perkembangan lain, Nasha berkata dia bakal membawakan watak sebagai Mak Ayam untuk filem terbaru berjudul Skandal terbitan Manja Citra Sdn Bhd.\r“Pada awalnya saya ditawar watak ketua pramugari yang kuat cemburu dan kaki buli. Tapi selepas mendengar cerita dari pengarahnya, Din CJ dan segala watak yang ada di dalam filem Skandal yang diadaptasikan daripada novel tulisan Richie Rachman itu, saya begitu terpaut pada watak ibu ayam. Saya dapat bayangkan betapa terujanya saya untuk membina perwatakan sedemikian. \r“Walaupun sedikit, tapi saya berani untuk mengatakan watak itu akan dapat meninggalkan kesan yang besar di hati penonton. Contohnya filem Sepi arahan Kabir Bhatia. Pada awalnya saya ditawarkan watak yang dipegang oleh Vanida, tapi selepas membaca skrip watak Suzie, saya terpikat dengannya dan tak sangka watak itu berjaya menjulang saya menjadi Aktres Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2008,” kata Nasha yang mengakui begitu cerewet dalam memilih watak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043332 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list