|
KETIKA penggiat seni lain mungkin mengurangkan aktiviti mereka sepanjang Ramadan nanti, Cik Normah dengar cerita, pengarah filem yang semakin menjadi-jadi kreativitinya, Mamat Khalid, tetap bekerja keras dalam berkarya. Sepanjang beberapa minggu pertama bulan puasa, khabarnya dia akan turun padang mengarahkan filem terbaru.\rSelepas menyudahkan penggambaran filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit serta Rock Ooo, Mamat khabarnya akan mengarahkan pula filem Highway to Hell, sebuah genre yang jauh lari daripada kebiasaan pengarah ini. Jika selama ini peminat mengenali Mamat dengan karya bercorak komedi dan komedi seram, kali ini dia mencuba genre baru pula, iaitu thriller.\r\n\n\n\n\rPenggambaran filem terbabit dijadualkan bermula 2 Ogos ini, di sekitar Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan. Kononnya, kedua-dua lokasi terbabit dipilih berikutan ia menjadi laluan popular di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi, yang menjadi latar cerita filem ini. \r\r\n\n\n\n\nErr... Sebut lokasinya saja sudah menaikkan bulu tengkuk Cik Normah. Itu belum tengok ceritanya lagi.\rBagaimanapun kalau tidak silap pendengaran Cik Normah, judul filem berkenaan sudah pun ditukar kerana judul asalnya berbunyi agak kasar dan tidak berapa sesuai dengan masyarakat di negara ini. Nantilah, kalau Cik Normah terjumpa dengan Abang Mat kita, Cik Normah akan tanyakan mengenai perkara ini.\rPelakon yang dipilih menjayakan filem ini bukan calang-calang nama. Semuanya popular dan punya pengikut sendiri. Antara nama yang disebut-sebut ke telinga Cik Normah ialah Aaron Aziz yang baru saja meletup bersama filem KL Gangster, Awie yang sememangnya sinonim dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dan Fasha Sandha.\rWah, pasti berbeza sekali persembahan oleh Abang Mat kali ini. Cik Normah dan rakan-rakan di pejabat ini pun sudah tidak sabar hendak menonton garapan terbarunya itu, yang diusahakan bersama Grand Brilliance Sdn Bhd atau kini dikenali sebagai Primeworks Studios. Rock Ooo yang kembali menampilkan Que Haidar juga diarahkan Mamat di bawah penerbitan syarikat terbabit.\r\n\n\n\n\rSebelum itu, mungkin awal tahun depan peminat akan dihiburkan terlebih dulu dengan sebuah lagi filem arahan Mamat yang disiapkan pada tahun lalu, berjudul Apokalips. Khabarnya, ia juga sebuah kisah yang nyata berbeza dengan filem arahannya sebelum ini. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|